(**)Rambut ikal mayang seperti Rosalinda, Serena van der Woodsen, Kim Kardashian, Deepika Padukone, siapa yang taknak kan?
(**)Mempunyai rambut ikal mayang merupakan idaman setiap gadis. Bukan sahaja kerana rambut jenis ini lebih mudah dijaga malah berambut ikal yang tampak lebih seksi dek volume rambut yang ala messy itu.
(**)Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara perlu anda titik beratkan untuk menjaga rambut ikal mayang ini.
(**)#1 Basuh rambut selang sehari. Ini akan menjadikan minyak semula jadi yang terhasil dari kulit kepala dapat dimanfaatkan.
(**)#2 Siapa biasa buat? Kalau boleh elakkan membasuh rambut pada waktu pagi, sebaliknya basuhlah rambut dengan syampu pada waktu malam untuk mengelakkan rambut bercabang dan terperap jika anda bertudung.
(**)#3 Satu lagi dengan meletakkan bedak debu pada bantal sebelum anda tidur. Hah dah kenapa? Hal ini bertujuan untuk mengurangkan minyak dan memastikan rambut berbau harum semula jadi.
(**)#4 Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas. Malah, sesekali membasuh rambut dengan air dingin dapat memastikan kulit kepala segar dan bersih.
(**)#5 Tip ini kedengaran agak unik. Namun, membasuh rambut dengan menggunakan pelembap terlebih dahulu diikuti oleh syampu dapat memastikan tekstur rambut ikal semula jadi lebih terpelihara.
(**)#6 Elakkan terlalu menjaga rambut dengan menggunakan pelbagai jenis produk rambut bimbang ia akan menyebabkan kesan sampingan seperti rambut gugur dan kebotakan.
(**)#7 Dah rambut ikal mayang, biar sahaja messy begitu, tak perlu menyikat rambut secara kerap untuk merapikannya. Sebaiknya gunakan jari untuk merapi secara lembut rambut ikal.
(**)#8 Jangan keringkan rambut menggunakan pengering rambut atau tuala secara kasar. Selepas membasuh rambut, balut ia dengan tuala bersih dan biarkan kering secara semula jadi.
EmoticonEmoticon