Thursday, 12 May 2016

Betul ke? Kebanyakan Lelaki Tampan Diminati Kaum Sejenis?

Tags


(**)Tentu ramai yang memuja lelaki tampan, kan….


(**)Setiap manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian, tetapi di mata manusia masih tiada yang benar-benar sempurna. Namun, Tuhan bijak dalam memasangkan tiap lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

(**)Sebut sahaja soal lelaki tampan, pasti para wanita akan membayangkan selebriti terkenal yang berwajah tampan. Apatah lagi berangan mempunyai pasangan seperti itu. Siapa tak suka lelaki tampan bukan?Namun, ada juga para wanita yang tidak meminati lelaki tampan sebagai pasangannya. Dengar sahaja tentang lelaki tampan, banyak perkara negatif merewang di minda.



(**)Pandangan Wanita Mengenai Lelaki Tampan

(**)1. Playboy

(**)Biasalah, asal lelaki tampan sahaja, pasti akan dicop sebagai playboy. Maklumlah, berbekalkan wajah anda dan juga ayat manis pasti akan menarik perhatian para wanita.



(**)2. Digilai Ramai

(**)Siapa tak jatuh cinta pada lelaki tampan. Tambah-tambah kalau berbadan sasa. Sehinggakan ada wanita sanggup bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan lelaki tampan. Wah, seronoknya jadi lelaki tampan.



(**)3. Manis Mulut

(**)Ramai wanita percaya lelaki tampan ini memiliki bibir yang lebih manis dari tebu. Mereka gemar memberi harapan dan acapkali meluah kata cinta. Tidak hairanlah jika kekasih hati mereka keliling pinggang.



(**)4. Perasan Lebih

(**)Ya, lelaki tampan memang perasan! Asal ada wanita pandang sahaja, pasti rasa bangga mula merasuk diri. Alahai lelaki, mungkin wanita itu memandang orang lain.



(**)5. Diminati Kaum Sejenis

(**)Hati-hati para wanita, lelaki tampan yang anda minati atau bercinta sekarang mungkin juga digemari oleh golongan mereka sendiri. Silap-silap lelaki tampan yang anda puja itu sebenarnya gay!



(**)6. Penampilan Diri

(**)Lelaki tampan amat menjaga penampilan diri. Biasanya mereka berpakaian yang berjenama dan jarang berpakaian comot-comot. Bau mereka juga, hmm…  harum sehingga mampu membuat wanita jatuh cinta.



(**)7. Cerewet

(**)Lelaki tampan sangat memilih. Mereka sangat cerewet dalam memilih pasangan dan teman hidup. Tidak hairan jika mereka sering bertukar-tukar pasangan.



(**)8. Bajet Berduit

(**)Lelaki tampan sering berlagak seolah-olah mereka mempunyai banyak wang. Walhal, keluar makan pun kadang-kadang kekasih yang bayar. Namun, tidak semua lelaki tampan begitu, jadi berhati-hati memilih ya.



(**)Kesimpulan

(**)Hakikatnya, rupa paras tidak dapat menjaminkan kebahagian. Dengan siapa anda memilih sebagai pasangan hidup, itu adalah pilihan anda sendiri. Kenali pasangan terlebih dahulu dan pastikan anda berdua serasi untuk membina kehidupan bersama.


EmoticonEmoticon