(**)Ia sememangnya kaya dengan lemak, protein dan pelbagai asid amino yang diperlukan oleh tubuh manusia.
(**)Selain itu, ia mengandungi pelbagai mineral seperti kalium, fosforus, besi dan pelbagai vitamin yang penting untuk keperluan manusia.Kaedah pengawetan khas telah membuat unsur-unsur di dalamnya lebih mudah untuk menyerap ke dalam tubuh. Telur masin dengan rasa masin yang sederhana adalah popular di kalangan semua peringkat umur.
(**)Biasanya telur masin ini dibuat menggunakan telur itik. Namun begitu, penggunaan telur ayam juga semakin popular diatas permintaan yang tinggi.
(**)Khasiat Telur Masin
(**)Vitamin A
(**)Manfaat telur itik masin adalah mempunyai kandungan vitamin A yang cukup tinggi. Sebiji telur itik mentah bersaiz besar dipercayai mengandungi sekitar 472 IU vitamin A, yang merupakan 9.4% daripada pengambilan vitamin harian yang disyorkan.
(**)Menurut University of Maryland Medical Center, tubuh menggunakan vitamin A untuk membantu menjaga kesihatan mata anda. Hal ini juga digunakan untuk fungsi lain seperti memerangi radikal bebas, menguatkan sistem kekebalan tubuh, dan menjaga gigi dan tulang yang sihat.
(**)Vitamin E
(**)Telur itik masin mengandungi 0.9 mg vitamin E, iaitu kira-kira 3 peratus daripada keperluan vitamin E harian anda yang disyorkan. Vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, seperti manfaat daripada vitamin C.
(**)Menurut Medline Plus oleh National Institutes of Health, vitamin E juga menyumbang terhadap pemeliharaan pencernaan dan sistem metabolisme, serta membantu tubuh anda melawan jangkitan dan penyakit.
(**)Mineral
(**)Telur itik masin juga merupakan sumber yang baik dari mineral yang berbeza yang diperlukan tubuh anda. Sebagai contoh, salah satu telur masin mengandungi 154 mg fosforus yang merupakan 15.4 peratus daripada pengambilan harian anda yang dianjurkan.
(**)Selain fosforus, manfaat telur itik juga menyumbangkan nutrisi berupa kalsium, kalium dan zat besi dalam jumlah yang cukup besar.
(**)Cara Membuat Telur Masin
(**)Bahan-bahannya:
(**)10 biji telur itik
(**)2 liter air
(**)500 gram garam
(**)Cara Membuatnya:
(**)Pilih telur
(**)Mesti menggunakan telur yang baru dan segar. Saiz bukanlah masalah utama cuma telur jangan terlalu nipis kerana gusar mudah pecah. Jangan terlalu besar kerana telur akan saling berlaga di dalam bekas penyimpanannya jadi risiko pecah perlu diminimumkan. Pilih warna telur yang kehijauan. Telur mestilah sempurna, tidak boleh rosak ataupun pecah walau sedikit pun. Lubang halus pun tidak boleh kerana melalui lubang itu air boleh masuk dan merosakkan proses pemasinan telur.
(**)Basuh telur sehingga bersih dan keringkan.
(**)Masak air dan garam dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Biar sehingga sejuk atau semalaman.
(**)Tapis air garam bagi mendapatkan air garam yang betul-betul bersih tanpa kekotoran sampingan.
(**)Masukkan telur ke dalam air garam tadi. Pastikan air garam cukup penuh untuk menenggelamkan semua telur sekali gus. Tutup bekas kemas-kemas.
(**)Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya.
(**)Selepas dua minggu, telur sudah boleh direbus. Kemasinan telur bergantung pada air garam tadi dan sekiranya terlalu masin, boleh rendam di dalam air biasa sehari dua bagi mengurangkan masin sebelum direbus.
1 comments so far
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
EmoticonEmoticon