Friday 6 May 2016

8 Makanan Sihat Untuk Diet Yang Wajib Anda Nikmati

Tags


(**)Berangan nak kurus, tetapi anda makan tetap banyak! Kalau macam tu, jangan mimpilah anda kurus!


(**)Sekiranya anda mengambil makanan dengan kalori lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh, berat badan anda secara automatik akan turut bertambah. Sungguhpun begitu, jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan yang boleh menimbulkan efek kenyang lebih lama dari makanan lain. Jika rasa kenyang terasa lebih lama, secara automatik anda pasti tidak akan mencari-cari kudapan lain untuk mengisi kekosongan perut.

(**)Anda perlu pilih makanan yang tinggi serat, mengandungi protein dan lemak sihat serta tinggi kadar airnya. Apa yang menariknya, makanan tersebut adalah makanan yang juga mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh anda.

(**)Berikut adalah 8 jenis makanan sihat untuk diet anda:

(**)Kacang Soya
(**)Kacang soya mengandungi Omega 3, kalsium dan zat besi. Makanan ini popular untuk si vegetarian. Selain dimasak, soya juga boleh dinikmati dalam bentuk susu, tofu, tauhu ataupun tempe.

(**)Epal
(**)Epal merupakan contoh serat yang mudah dihadamkan untuk memerangi kolesterol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C. Epal mengandungi ‘plavonoid’ dan ‘quecertin’ yang boleh mencegah penyakit kanser. Untuk mendapatkan hasil maksimum, makan epal bersama kulit-kulitnya setelah dibersihkan.

(**)Bluberry
(**)Blueberry kaya serat, vitamin C dan antioksidan. Jenis berry lainnya juga boleh dijadikan pilihan. Dimakan ketika masih segar atau ditambah dalam yoghurt, bijirin, dan salad. Khasiat berry tetap baik sebagai makanan sihat untuk diet.

(**)Kacang Almond
(**)Kacang almond kaya dengan serat dan protein. Ia juga sumber zat besi, magnesium dan vitamin E. Hindari pengambilan kacang almond yang digaul dengan banyak garam atau diolah dalam bentuk makanan manis kerana ia memberikan efek buruk untuk program diet anda.

(**)Bayam
(**)Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya zat besi, magnesium serta vitamin A dan C.

(**)Kacang Merah
(**)Kacang merah mengandungi serat, protein, zat besi,magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang merah dalam salad atau sup, jadikan ia sebagai makanan sihat untuk diet anda.

(**)Brokoli
(**)Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium serta vitamin A dan C. Untuk mendapatkan khasiat terbaik, jangan masak terlalu lama dan sebaiknya hindari meletakkan sos serta keju yang berlebihan.

(**)Salmon
(**)Kebanyakan jenis ikan dan seafood merupakan pilihan sihat, tetapi salomon adalah ikan yang paling bagus dengan kandungan protein serta asid amino Omega 3 tinggi. Selain itu, salmon juga rendah kolesterol.


EmoticonEmoticon