(**)Kanser serviks atau kanser rahim merupakan salah satu penyakit kanser yang paling banyak ditakuti oleh kaum wanita.Kanser serviks terjadi kerana adanya perubahan struktur sel pada rahim yang menjadi ganas dan menyebabkan kematian penghidapnya.
(**)Kanser serviks menyerang pada bahagian organ peranakan kaum wanita, betul-betul di pintu rahim atau pintu masuk ke kawasan rahim iaitu bahagian yang sempit di bahagian bawah antara kemaluan wanita dan rahim.
(**)Ciri-Ciri Anda Telah Terkena Penyakit Kanser Serviks
(**)Kanser serviks memerlukan proses yang panjang iaitu antara 1- hingga 20 tahun untuk menjadi satu penyakit kanser yang pada mulanya disebabkan oleh jangkitan. Jadi, sebab itulah pada tahap awal perkembangannya ia sukar untuk dikesan. Namun, setiap wanita disarankan untuk melakukan ujian pap smear, paling kurang dua tahun sekali. Meskipun sukar untuk dikesan, tetapi ada beberapa petanda yang boleh menjadi petunjuk bahawa anda telah terkena kanser serviks.
(**)Ketika melakukan hubungan seksual, selalu berasa sakit dan adakalanya diikuti dengan pendarahan.
(**)Mengalami keputihan yang tidak normal dan disertai dengan pendarahan dan jumlah yang berlebihan.
(**)Sering berasa sakit pada kawasan punggung.
(**)Kerap mengalami rasa sakit ketika membuang air kecil.
(**)Ketika datang haid, darah yang keluar dalam jumlah yang banyak setra berlebihan.
(**)Sering berasa sakit pada bahagian paha ata salah satu paha mengalami bengkak, kurang selera, berat badan tidak stabil dan susah untuk membuang air kecil.
(**)Terdapat beberapa jenis makanan yang dikatakan mampu mencegah kanser serviks. Antaranya:
(**)Teh Hijau
(**)Minuman teh hijau atau green tea mempunyai banyak manfaat kerana kandungan polifenol iaitu antioksidan yang mencegah perkembangan sel-sel kanser.
(**)Lobak Merah
(**)Lobak merah mengandungi vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata. Lobak merah juga mengandungi beta-karoten dan karotenoid yang juga membantu pencegahan kanser serviks. Masaklah lobak merah menjadi sup, salad, jus atau dibuat ulam dengan direbus terlebih dahulu.
(**)Limau Bali
(**)Kandungan vitamin C yang tinggi pada limau Bali dikatakan mampu mencegah pembentukan senyawa nitrogen yang menyebabkan kanser.Selain itu, pengambilan limau bali juga dapat menurunkan risiko penyakit kanser perut, usus besar, kanser saluran kencing dan kanser payudara.
(**)Kacang-kacangan
(**)Kacang-kacangan seperti kacang tanah dan kacang merah kaya dengan vitamin E yang dapat mengurangkan risiko terjadinya sakit perut, usus besar, paru-paru, hati dan beberapa jenis kanser lagi.
(**)Sayur Berwarna Hijau Tua
(**)Sayuran berwarna hijau seperti daun salad, bayam, brokoli mengadungi flavonoid yang merupakan sumber nutrisi utama untuk mencegahkan kanser serviks dan jenis kanser lainnya.
EmoticonEmoticon