Wednesday, 18 May 2016

11 Petua Bibir Merah Bak Delima

Tags


(**)Ramai wanita terlalu taksub tentang penjagaan wajah sehingga terlupa betapa pentingnya penjagaan bibir.


(**)Sebenarnya bibir juga merupakan aset yang paling berharga di muka seseorang kerana bibir yang sihat akan sentiasa lembab dan tidak kering. Bahkan bibir yang merah juga mampu menjadi daya penarik seseorang dan memberikan satu penampilan yang meyakinkan.

(**)sedikit petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang sentiasa merah.Namun, untuk mendapatkan bibir yang sentiasa merah dan kekal lembab,anda perlulah rajin mengamalkan petua-petua tradisional ini dan jadikannya sebagai rutin harian anda.



(**)Petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang merah:

(**)1. Madu

(**)Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.



(**)2. Air Mawar

(**)Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan kapas yang dibasahi air mawar untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya.



(**)3. Limau Nipis

(**)Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur dua sudu makan air masak suam dan jus limau dengan duasudu makan madu, kemudian sapukan pada bibir,biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bilas bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.



(**)4. Kunyit

(**)Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan satu sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama linma minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.



(**)5. Halia

(**)Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.



(**)6. Daun Ketumbar

(**)Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan dua lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, dan bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.



(**)7. Minyak Almond (Badam)

(**)Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Caranya mudah,anda hanya perlu sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.



(**)8. Mentega

(**)Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.



(**)9. Yogurt

(**)Campuran madu, yogurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.



(**)10.   Sireh

(**)Ambil tiga helai daun sirih. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu pada bibir anda pada sebelum tidur.



(**)11.   Ubat Gigi

(**)Sapukan ubat gigi ke bibir anda selama 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.



(**)Kesimpulan

(**)Untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembab tidaklah susah mana pun, anda cuma perlu amalkan petua bibir sentiasa merah dan kekal lembab ini dengan rajin dan rajinkanlah diri anda untuk buat setiap hari untuk mendapatkan bibir yang anda impikan. Hasil yang anda dapat bukanlah dengan sekelip mata tapi ia akan mengambil masa, jadi anda harus bersabar melakukannya.


EmoticonEmoticon