Monday 25 April 2016

Wajib Baca! Kehebatan Pembedahan Laparoskopi

Tags


(*)Anda mungkin pernah dengar pepatah “Kecil – Kecil Cili Padi” yand bermaksud walaupun kecil tetapi berani. Tetapi hari ini, kami ingin membawakan anda semua maksud sebenar pepatah ini dalam dunia kesihatan wanita. Bersedia?


(*)Ramai wanita telah melalui pembedahan di sepanjang hidupnya.Walau sekecil manapun pembedahan itu, ia tetap adalah mimpi nyeri setiap wanita. Statistik menunjukkan apabila seseorang wanita itu mencapai umur 60 tahun, 1 daripada 3 wanita telah pun menjalani pembedahan buang rahim (histerektomi).Menakutkan tetapi benar.Sejak dulu, pembedahan Ginekologi (pembedahan pada organ pembiakan wanita) melibatkan potongan besar pada abdomen (laparotomi),kesakitan selepas pembedahan dan masa penyembuhan yang lama.Waktu penyembuhan yang lebih lama bermaksud kehilangan masa berkualiti sama ada bersama keluarga, personal atau profesional.Untuk sesetengah orang, ia bererti kehilangan punca pendapatan.

(*)Wahai para pembaca sekalian, jangan risau lagi kerana hari ini kami membawakan anda berita baik. Pembedahan Ginekologi telah melalui banyak ‘facelift’ sehingga ungkapan, ‘potongan di abdomen yang  besar, sakit yang kuat dan waktu penyembuhan yang lama’ telah kini menjadi ‘ hirisan kecil di abdomen, hampir tidak sakit dan pulang ke rumah keesokan harinya’.

(*)Berita baik ini dipanggil pembedahan Laparoskopi (Pembedahan Lubang Kunci). Adakah anda tahu bahawa pembedahan laparoskopi telah wujud sejak 1930-an,tetapi ramai wanita masih tidak mengetahui mengenainya. Hari ini, semua itu akan berubah….Pembedahan laparoskopi biasanya memerlukan di antara 2-4 lubang kecil di abdomen. Melalui lubang –lubang kecil ini, alat –alat pmbedahan laparoskopi seperti telescope, gunting dan ‘grasper’ akan dimasukkan ke dalam abdomen untuk melakukan pembedahan.


(*)Sekarang, kebanyakan pembedahan ginekologi boleh melakukan melalui laparoskopi. Malah beberapa pembedahan kanser ginekologi juga dilakukan dengan cara ini!

(*)Pembedahan laporoskopi ginekologi yang biasa dilakukan adalah:

(*)1.   Histerektomi (Pembuangan rahim).

(*)2.   Miomektomi (Pembuangan Fibroid).

(*)3.   Cistektomi (Pembuangan ‘cyst’ di ovari).

(*)4.  Laparoskopi Diagnostik ( Pembedahan untuk mendapatkan diagnosis seperti dalam kes sakit pelvis atau sebahagian dari rawatan infertility).

(*)5.  Pensterilan wanita (Pengikatan saluran fallopian).

(*)6.  Pembedahan infertility ( Pembedahan yang diperlukan supaya wanita dapat hamil).

(*)7.  Pembedahan endometriosis.

(*)8.  Pembedahan untuk memperbaiki masalah rahim turun.

(*)9.  Pembedahan kanser serviks dan rahim.

(*)Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana pembedahan laparoskopi boleh mencapai‘ hirisan kecil di abdomen, hampir tidak sakit dan pulang ke rumah keesokan harinya’? Bukan anda seorang sahaja yang bertanyakan begini dan ini bukannya satu-satunya soalan yang ditanya…


(*)1. Bagaimanakah rupa parut luka saya ?

(*)Abdomen anda akan mempunyai diantara 2-4  hirisan kecil sebesar 0.5-1cm. Luka ini akan sembuh dengan cepat dan baik.

(*)2. Lebih kecil dari 2-4 lubang , boleh?

(*)Ini sudah jadi umpama beri betis mahu paha! Nasib anda baik kerana jawapannya adalah YA. Ini dipanggil “laparoskopi satu lubang”, di mana hanya satu lubang kecil sebesar 2cm dibuat di pusat pesakit. Walaubagaimanapun, bukan semua pembedahan dapat dilakukan dengan cara ini.

(*)3. Bagaimana pembedahan besar dapat dilakukan melalui lubang yang kecil? Anda bergurau, kan?

(*)Cik / puan , kami ini bukan ahli silap mata. Kami menggunakan alat-alat pembedahan yang kecil dan kurus untuk melakukan pembedahan yang besar. Alat laparoskope(kamera) membantu kami melihat organ dalaman dengan jelas yang dapat dipaparkan di skrin TV yang besar. Oleh yang demikian, pembedahan laparoskopi memerlukan kemahiran yang tinggi dan bukan semua doktor bedah dapat memberikan pilihan ini untuk kamu.

(*)4. Kenapa sakitnya kurang dengan laparoskopi?

(*)Ini kerana semasa pembedahan tradisional (laparotomy), potongan yang besar dilakukan di abdomen. Untuk pembedahan laparoskopi, hanya lubang-lubang yang kecil sahaja dibuat pada abdomen. Jadi sakit selepas pemdehan adalah lebih kuat dan parah semasa pembedahan tradisional.

(*)5. Secepat mana saya dapat berjalan selepas pembedahan laparoskopi?

(*)Hari yang sama jika boleh! Anda boleh buat begitu kerana sakit yang sedikit sahaja dan selepas kesan ubat bius hilang.

(*)6. “Keluar hospital keesokan harinya, boleh ke?”

(*)Memang BOLEH! Ia bergantung kepada jenis pembedahan anda. Malah anda mungkin dapat pulang pada keesokan harinya selepas pembedahan besar seperti pembuangan rahim.   Ini dapat dilakukan kerana sakit selepas pembedahan yang sangat sedikit dan juga fungsi usus yang lebih baik berbanding pembedahan tradisional. Untuk sesetengah jenis pembedahan, pesakit dapat pulang ke rumah pada hari yang sama. Kebiasaanya, pesakit tinggal di hospital selama 1-2 hari.

(*)7. Bagaimana hendak saya tahu pembedahan laparoskopi atau pembedahan tradisional yang sesuai untuk saya?

(*)Pembedahan laparoskopi dapat mengurangkan pembentukan ‘adhesion’ atau perlekatan organ dalamam antara satu sama lain. Untuk pembedahan laparoskopi, hanya alat-alat yang kecil sahaja digunakkan tetapi untuk pembedahan tradisional, seleruh tangan pakar bedah dimasukkan ke dalam abdomen. Oleh yang demikian, pembedahan tradisional dapat menghasilkan lebih ‘adhesion’ selepas pembedahan. Faktor ini adalah sangat penting apabila anda ingin hamil kerana pembentukan ‘adhesion’ di sekitar tiub Fallopian dan ovari munkin akan mengurangkan peluang kehamilan.

(*)8. Adakah pembedahan laparoskopi selamat?

(*)Semua pembedahan,sekecil mana pun ada risiko pembedahan. Pembedahan laparoskopi membolehkan pakar bedah melihat organ dalaman dengan lebih jelas. Ini boleh membantu mengurangkan risiko perdarahan semasa pembedahan. Risiko infeksi juga dapat dikurangkan semasa pembedahan laparoskopi kerana organ dalaman tidak terdedah kepada udara persekitaran. Penggunaan alat-alat pembedahan laparoskopi dapat memberikan hasil pembedahan yang lebih baik. Secara ringkas, kemahiran pakar bedah laparoskopi akan menentukan kejayaan pembedahan laparoskopi.

(*)Jadi kepada para wanita sekalian, kami berharap anda semua lebih faham dan jelas mengenai kebaikan pembedahan laparoskopi. Jika anda (harap tidak) memerlukan pembedahan ginekologi, tanyalah doktor anda mengenai pembedahan laparoskopi. Janganlah sekali-kali mendapat parut yang besar di abdomen tanpa sebab yang munasabah dan janganlah pula biarkan saya cakap “Kan saya dah bagitahu dulu mengenai laparoskopi!” Ingat,“Kecil – Kecil Cili Padi”


EmoticonEmoticon