Friday, 15 April 2016

Teknik Yang Paling Berkesan Untuk Buang Kelemumur

Tags


1. Limau Purut

(*)Potong limau purut kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kulit kepala. Lakukan tiga kali seminggu, limau purut membantu membersihkan kulit kepala, mengatasi kelemumur dan mengharumkan rambut. Kulit kepala juga terasa lebih segar.


2. Daun Pandan

(*)Kisar daun pandan bersama air. Kemudian, tapis. Buang hampas, manakala airnya dibuat perapi selepas syampu rambut. Sapukan air daun pandan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Petua ini dikatakan membantu mengatasi masalah kelemumur dan melebatkan rambut. Daun pandan juga mengatasi masalah rambut berbau.


3. Lemon

(*)Cuci kulit kepala dan rambut dengan hirisan lemon. Lakukan petua ini setiap hari, kulit kepala akan bersih dan segar. Begitu juga dengan rambut. Sel-sel kulit mati pada kulit kepala akan tertanggal, hasilnya kulit kepala dan rambut akan menjadi sihat.


4. Santan

(*)Selepas syampu, bilas rambut sehingga bersih. Kemudian, sapukan santan kelapa. Usai sapuan, tutup kepala dengan tuala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih. Santan menyuburkan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Rambut juga akan semakin bersinar dan hitam jika anda rajin mengamalkan petua ini.


5. Garam

(*)Garam bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah ia juga dapat membantu merawat kulit dan kelemumur. Tabur garam pada kulit kepala, kemudian gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 3 minit, bilas dengan air bersih. Kemudian syampu rambut seperti biasa, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kelemumur beransur hilang.

(*)Apa yang penting, anda kosisten dan rajin buat! Ingat, guna produk pun kalau tidak sesuai dengan jenis rambut, mesti kesannya rambut makin rosak. Pilihan di tangan anda!


EmoticonEmoticon