Friday 15 April 2016

Resepi Ayam Madu Lelehh

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)6-7 ketul kepak ayam (atau bahagian lain mengikut pilihan anda)
(*)5 sudu besar sos tiram
(*)5 sudu besar kicap manis
(*)2 sudu besar sos barbeku (jika mahu)
(*)2cm halia | ditumbuk halus
(*)4-5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
(*)Madu secukupnya
(*)Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Rebus ayam seketika. Ketepikan.

(*)2.    Satukan semua bahan untuk membuat sos perapan. Kemudian perap ayam selama ½ jam atau lebih.

(*)3.    Kemudian gorengkan ayam sehingga masak.

(*)4.    Oleskan madu pada ayam yang sudah siap digoreng.

(*)Sos perapan memudahkan ayam untuk hangus jika digoreng terlalu lama. Sebab itulah, sebaiknya rebus seketika ayam anda.
(*)Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.


EmoticonEmoticon