Tuesday 26 April 2016

Risiko Yang Anda Kena Tanggung Bila Anda Gemar Pakai Kasut Tumit Tinggi

Tags


(**)Anda merupakan pengemar fesyen kasut tumit tinggi ? Tahukah anda akan bahaya kasut tumit tinggi, jom dapatkan info di sini..

(**)Memakai kasut tumit tinggi atau ‘high heels’ adalah keperluan yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup sebahagian wanita.  Bahkan, kasut tumit tinggi juga merupakan salah satu daripada trend dunia fesyen yang tidak pernah mati!

(**)Ramai wanita yang merasakan dirinya lebih berkeyakinan dengan memakai kasut tumit tinggi.

(**)Merasakan diri kelihatan lebih ‘out standing’, seksi dan nampak anggun, hingga rela berkasut tumit tinggi pada setiap hari.

(**)Tetapi tahukah anda aksesori tubuh yang satu ini memiliki banyak risiko membahayakan untuk kesihatan. Jadi,  bagi penggemar kasut tumit tinggi anda harus sedar risiko-risiko yang boleh terjadi efek daripada pemakaiannya.

(**)Berikut masalah yang mungkin timbul jika anda terlalu kerap memakai kasut tumit tinggi dalam setiap aktiviti seharian anda.


1.  Otot Tubuh Mengecil

(**)Tubuh yang tidak seimbang yang dihasilkan dari penggunaan kasut bertumit tinggi dalam masa yang cukup lama, sehingga akan membawa masalah pada otot-otot tubuh anda.

(**)Otot-otot  betis akan mengecil dan terdapat kajian mengatakan, penggunaan kasut bertumit tinggi dalam aktiviti sehari-hari akan mempendekkan otot kaki anda. Perkara ini disebabkan kerana kasut bertumit tinggi mendorong anda untuk jalan berjengket.


2.  Mengundang Tubuh Melengkung

(**)Penggunaan kasut bertumit tinggi yang terlalu kerap akan membuatkan postur tubuh anda berubah, sehingga terjadi perubahan pada pinggang dan tulang belakang menjadi tidak selari.

(**)Inilah yang menyebabkan tubuh anda kelihatan melengkung, selain itu juga akan mempengaruhi cara berjalan anda ketika anda menanggalkan kasut tersebut.


3.  Buku Lali Tergeliat

(**)Untuk anda yang memang kerap memakai kasut tumit tinggi pada setiap aktiviti, eloklah membataskan penggunaan serta ketinggiannya.

(**)Tidak semua kasut tumit tinggi memberikan keselesaan. Semakin tinggi tumit, semakin tinggi risiko untuk tercedera. Bagi wanita yang bertubuh kecil molek, kaki pendek atau kaki yang lebih kecil, bahaya  yang menanti lebih besar kerana dia perlu mengimbangi kasut tumit tinggi dengan tubuhnya.  Ia akan meningkatkan risiko jatuh tersungkur, tergeliat buku lali dan sebagainya.


4.  Gangguan Kesihatan Untuk Ibu Mengandung

(**)Ibu mengandung sebaiknya tidak memakai kasut bertumit tinggi. Jika terpaksa, pilihlah ketinggiannya yang tidak lebih daripada 5cm, supaya kaki tidak susah untuk menopang berat tubuh.

(**)Jika anda memaksa untuk menggunakan kasut bertumit tinggi, anda mungkin akan sakit punggung kerana ketika sedang hamil akan ada peningkatan ‘hormone relaxin’ yang dihasilkan daripada sarung telur.

(**)Pemakaian kasut tumit tinggi juga meningkatkan risiko terjatuh dan kaki bengkak.

(**)Untuk mengurangkan risiko kasut tumit tinggi, anda disarankan tidak memakainya sepanjang hari. Biarkan kaki anda beristirahat dengan mamakai sandal, ‘wedges’ atau ‘flat shoes’.


EmoticonEmoticon