Saturday, 23 April 2016

Resepi Mee Kolok Sarawak Terbaik

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)Mee Sanggul – 3,4 Gulung
(*)Perencah Sup – 1 Sudu Besar
(*)Daging Lembu – 100gm
(*)Bawang Putih – 5 Ulas (dicincang)
(*)Cili Api – 8 Biji
(*)Serbuk Lada Hitam – 1 Sudu Kecil
(*)Minyak masak – 4 Sudu Besar
(*)Kicap Manis – 5 Sudu Kecil
(*)Kicap Pekat – 1 Sudu Kecil
(*)Limau Kasturi – 2 Biji (ambil jusnya)
(*)Sos Ikan / Sos Soya – 1 Sudu Kecil
(*)Cuka – 1 Sudu Kecil
(*)Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
(*)Air Secukupnya
(*)Garam Secukup Rasa


Cara Memasaknya ialah:

Cara Memasak Supnya ialah:

(*)1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.

(*)2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.

(*)3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)


Cara Memasak Meenya ialah :

(*)1. Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.

(*)2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.

(*)3. Masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.

(*)4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

(*)5. Di dalam kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.

(*)6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.


Cara Memasak Sambalnya ialah:

(*)1. Tumbuk/kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)


Cara Menghidangnya ialah:

(*)1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.

(*)2. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang.

(*)3. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dengan daun sup sebagai kuahnya jika suka.


EmoticonEmoticon