Saturday, 23 April 2016

Ketahui Cara Pakai Lipstik Untuk Bibir Kering

Tags


(*)Lipstik Untuk Bibir Kering. Lipstik merupakan salah satu produk kecantikan yang sangat penting untuk memberikan warna bibir yang segar dan berseri.


(*)Namun, ramai di antara kita yang mengalami masalah bibir kering dan membuatkan lipstik yang dipakai nampak tidak rata dan cantik. Malahan, ada ketikanya seperti ‘berkerak’!

(*)Untuk mengatasinya, ada beberapa tips pemakaian lipstik untuk bibir kering yang betul dan boleh anda praktik. Jom, semak!



(*)Hilangkan kulit kering yang ada pada bibir anda dengan menggunakan madu asli. Biarkan selama 7 minit dan kemudian, lap bibir anda dengan menggunakan tisu. Hasilnya, bibir anda akan terasa lebih lembut dan kenyal.


(*)Anda boleh juga sapukan sedikit foundation pada bibir supaya bibir anda nampak lebih rata. Teknik ini juga sangat berguna untuk anda yang mempunyai bibir gelap.


(*)Setelah bibir anda menjadi lembut, barulah anda sapu dengan lipblam dan biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit berlalu, barulah anda pakai lipstik. Ia akan membuatkan bibir anda menjadi lebih lembab dan warna lipstik pun akan melekat dan tahan lebih lama.


(*)Anda yang mempunyai bibir kering disarankan, menyapu lipstik dengan menggunakan berus lipstik bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna. Anda yang berbibir kering juga tidak disarankan menggunakan warna lipstik yang terlalu terang kerana ia boleh menyerlahkan lagi keadaan garis-garis pecah atau menggelupas pada bibir anda itu.


EmoticonEmoticon