Bahan-Bahannya ialah:
(*)300 gm makaroni – direbus dalam air garam dan tepikan
(*)300 gm daging cincang/hiris
Bahan Sos Daging –
(*)5 ulas bawang putih – dicincang halus
(*)1/2 biji bawang besar – dipotong dadu kecil
(*)3 sudu besar cili kisar/boh
(*)1 tin sederhana sos tomato puree
(*)5 ulas daun selaseh dihiris
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Secubit serbuk oregano
(*)1 sudu besar parmesan cheese
(*)2 sudu besar bawang merah goreng
(*)Minyak zaitun untuk menumis
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Letak bawang putih dan bawang besar, tumis hingga ia bangkit baunya.
(*)2. Kemudian, masukkan cili kisar, tumiskan hingga ia sebati. Masukkan daging dan sos tomato puree. Gaulkan rata.
(*)3. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula sedikit. Taburkan daun selaseh dan serbuk oregano. Biarkan daging masak dan empuk.
(*)4. Bila sudah masak taburkan keju parmesan pada bahan sos. Tuangkan sos atas makaroni yang telah direbus tadi. Letakkan sedikit serbuk keju parmesan di atasnya. Hidangkan.
EmoticonEmoticon