(*)Apa kata hari ini anda cuba makanan pembakar lemak.Kelebihan berat badan atau obesiti merupakan masalah besar bagi sesetengah orang, terutama wanita yang mengambil berat tentang soal penampilan dan kecantikan.
(*)Jadi, sebab itulah ramai yang mengalami krisis keyakinan diri dan sibuk mencari cara untuk menurunkan berat badan, termasuk mencari dan mencuba pelbagai jenis pil atau ubat pelangsing yang dijual di pasaran.
(*)Adakah anda tersenarai dalam kategori wanita yang terjerat dalam masalah ini? Jika ya, alangkah baiknya jika anda memilih cara yang semulajadi agar kesihatan anda benar-benar terjamin.
(*)Bersukan serta diet dengan pengambilan makanan sihat dapat membakar timbunan lemak di perut sehinga memberikan anda hasil perut yang rata. Namun, ia memerlukan proses yang panjang.
(*)Berikut adalah 6 jenis makanan yang mampu membakar lemak, menstabilkan tahap kolesterol dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan ‘ekstra’ yang tidak diingini dalam jangkamasa yang cepat.
1. Makan Oat Pada Waktu Sarapan Pagi
(*)Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ia mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Amat sesuai jika di makan pada waktu pagi sebagai sarapan.
2. Makan Putih Telur Sahaja
(*)Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
3. Makan Lada Atau Cili Api
(*)Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
4. Rahsia Buah Anggur
(*)Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Buah ini bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi turut membawa khasiat yang dipanggil ‘pektin’, dikatakan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol seseorang.
5. Pentingkan Masakan Yang Ada Bawang Putih Dan Merah
(*)Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman serta meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
6. Minum Teh Hijau
(*)Pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Amalan minum teh hijau terbukti membantu sepertimana diamalkan oleh orang Cina sejak ratusan tahun dahulu.
Kesimpulan
(*)Alangkah bagusnya kalau kita boleh makan apa sahaja tanpa perlu bersusah-payah menahan lapar demi mendapatkan tubuh ideal. Tapi, harus kita ingat, diet penting bukan setakat untuk menjaga berat badan sahaja. Sebaliknya, juga untuk kesihatan.
(*)Kesalahan memilih makanan ketika diet, bukan sahaja membuatkan anda bertambah gemuk. Bahkan turut meningkatkan risiko penyakit pada tubuh. Semoga artikel ini boleh membantu anda untuk membakar lemak dalam tubuh.
EmoticonEmoticon