Friday 15 April 2016

Resepi Kek Nenas Kelam Kabut

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)220gm tepung gandum
(*)125gm mentega
(*)175gm gula halus
(*)1 sudu teh baking powder
(*)2 biji telur
(*)2 sudu teh esen vanila
(*)200ml jus nanas


BAHAN SAPUANNYA IALAH:

(*)Mentega secukupnya
(*)Gula perang secukupnya
(*)Beberapa keping nanas dan ceri merah


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Pukul mentega dan gula hingga kembang di dalam sebuah bekas
(*)2. Masukkan telur dan vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
(*)3. Kemudian masukkan jus nanas.
(*)4. Selepas itu masukkan tepung gandum dan sebatikan.
(*)5. Sementara itu, sapukan mentega pada loyang dan taburkan gula perang.
(*)6. Susunkan nanas dan ceri di dalamnya. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang bersaiz 8" atau 9".
(*)7. Bakar pada suhu 175ºC selama 45 -50 minit.


EmoticonEmoticon