Bahan-Bahannya ialah:
Bahan Kulit –
(*)225gm tepung gandum
(*)80gm margerin
(*)70ml air @ secukupnya
(*)sedikit garam halus
Bahan Inti –
(*)2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
(*)sedikit daun sup
(*)lada sulah secukupnya
(*)mayonis secukupnya
(*)susu cair secukupnya
(*)sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong kecil
(*)cheese cheddar secukupnya ~ dipotong ikut citarasa
Cara Membuatnya ialah:
Buat Kulit –
(*)1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata.
(*)2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
(*)3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin.
(*)4. Pastikan masukkan air separuh-separuh. Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lagi.
Buat Inti –
(*)1. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair.
(*)2. Masukkan susu cair sikit demi sikit, kalau adunan dah lembut dan tak kering sangat, dah ok. Kalau guna lada sulah berperisa AjiShio, memang dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah sedikit garam.
(*)3. Sausage boleh digantikan dengan jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
(*)4. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya (Berapa banyak cheese dan sausage bergantung pada selera anda), tutup dan kelim ditepinya.
(*)5. Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas.
EmoticonEmoticon