Thursday 21 April 2016

Pelbagai Kehebatan Dan Khasiat Buah Mahkota Dewa

Tags


(*)Kedengaran seperti nama produk tetapi tahukah anda Mahkota Dewa sebenarnya merupakan sebiji buah?


(*)Pokok Mahkota Dewa dikenali sebagai salah satu tanaman herba di Indonesia. Nama lain bagi buah Mahkota Dewa ini ialah:

(*)Makuto Rojo
(*)Makuto Ratu
(*)Ubat Dewa
(*)Pau (Ubat Pusaka)
(*)Crown of God
(*)Boh Anggota Dewan
(*)Simalakama (bahasa malayu)
(*)Pokok mahkota dewa kebiasaanya ditanam sebagai pokok untuk berteduh. Ini adalah kerana pokok Mahkota Dewa berukuran hanya 3 hingga 4 meter. Buah mahkota dewa berwarna merah terang yang tumbuh dari batang utama hingga ke bahagian ranting.

Apakah Khasiat Mahkota Dewa Kepada Manusia?

(*)Buah ini dijadikan sebagai Teh Mahkota Dewa oleh masyarakat Indonesia setelah melalui proses pengeringan.
(*)Buah Mahkota Dewa mengandungi zat yang dipanggil sebagai alkaloid, saponin dan polifenol.
(*)Alkaloid merupakan ejen detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun didalam tubuh.
(*)Manakala, saponin pula berguna sebagai sumber anti-bakteria dan anti-virus. Ia juga dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh, mengurangkan kadar gula dan mengurangkan pembekuan darah dalam badan.
(*)Flavanoid yang terkandung dalam buah Mahkota Dewa amat berguna untuk peredaran darah ke seluruh tubuh. Selain itu, ia dapat mengurangkan risiko darah tersumbat di dalam salur darah. Flavanoid mampu mengurangkan kadar kolesterol dan mengurangkan lemak pada dinding salur darah. Malah ia dapat mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner dan  mengandungi anti-inflamasi atau anti-radang, anti-oksidan, serta membantu mengurangkan rasa sakit apabila terjadi pendarahan atau pembengkakan.
(*)Polyphenol di dalam buah mahkota dewa pula berfungsi sebagai bahan anti alergi di dalam tubuh.
(*)Namun begitu, buah Mahkota Dewa tidak boleh dimakan begitu sahaja, ia perlu melaui beberapa proses pengeringan dan sebagainya. Hal ini adalah kerana tumbuhan ini ialah tumbuhan  beracun yang boleh membawa maut.



Antara khasiat lain bagi buah Mahkota Dewa ini ialah:

(*)Mengubati gatal-gatal.
(*)Mengurangkan pertumbuhan sel-sel tumor dan kanser.
(*)Mengubati penyakit diabetes melitus.
(*)Mengubati sakit urat.
(*)Menghilangkan jerawat pada wajah


Bagaimana pula untuk menyediakan herba menggunakan buah mahkota dewa?



Herba Mahkota Dewa untuk mengubati penyakit diabetes mellitus

Bahan-Bahan:

(*)5 atau 6 biji buah Mahkota Dewa yang dihiris
(*)5 gelas air suam


Cara Membuatnya:

(*)Rebus bahan-bahan tadi sehingga tinggal hanya 3 gelas air rebusan.
(*)Tapiskan air rebusan.
(*)Minum segelas air rebusan 3 kali sehari.


Herba Mahkota Dewa untuk mengubati gatal-gatal

Bahan-Bahan:

(*)Daun Mahkota Dewa yang segar


Cara Membuatnya:

(*)Giling daun tadi sehingga halus.
(*)Letakkan di bahagian yang gatal.
(*)Balut bahagian yang gatal menggunakan bahan-bahan tadi.
(*)Gantikan balutan 2 atau 3 kali sehari.


Bagaimana Mahu Mengenali Pokok Mahkota Dewa?

(*)Daun pokok Mahkota Dewa berbentuk panjang, lurus dan lonjong. Pada hujung daun, ia berbentuk runcing, di tepi daun berstruktur rata dan mempunyai permukaan daun yang licin dan tidak berbulu.
(*)Bunga pokok mahkota dewa berwarna putih dan harum. Bunga ini berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.
(*)Buah mahkota dewa terdiri daripada kulit, isi, cengkerang dan biji. Buah ini berbentuk bulat dan mempunyai diameter 3 hingga 5 cm. Permukaan buah ini licin, beralur dan berwarna hijau ketika muda dan berwarna merah setelah masak. Isinya berwarna putih, berserat dan berair.
(*)Cengkerang buah merupakan kulit dari biji buah mahkota dewa. Ia perlu direbus dahulu sebelum digunakan sebagai ubat.
(*)Biji buah Mahkota Dewa merupakan bahagian yang paling beracun. Berbentuk bulat lonjong dan berdiameter 1 cm. Ia berwarna coklat dan berwarna putih di bahagian dalam.


EmoticonEmoticon