Thursday 21 April 2016

Resepi Biskut Hazelnut Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Bahan A

(*)180 gram mentega
(*)90 gram gula halus
(*)1 biji kuning telur
(*)¼ sudu kecil mentega emulco

Bahan B (Ayak)

(*)320 gram tepung gandum superfine
(*)30 gram tepung jagung
(*)30 gram tepung sagu
(*)1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C

(*)50 gram Nestle almond cluster (kisar)
(*)50 gram biskut cheese cracker (kisar)
(*)1 keping keju cheddar (cincang halus)

Bahan D

(*)Kacang hazel secukupnya (bakar)

Bahan hiasan

(*)Mangkuk kertas
(*)Coklat putih
(*)Gula pasir berwarna

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Bahan A diputar hingga sebati dan masukkan bahan B.

(*)2. Satukan bahan C dan campurkan dalam adunan tadi.Uli hingga menjadi doh.

(*)3. Bulat-bulatkan doh, masukkan kacang hazel di tengah-tengahnya.

(*)4. Bakar hingga masak dan sejukkan.

(*)5. Panaskan coklat putih secara double boiler.

(*)6. Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat putih dan letakkan ke dalam mangkuk kertas.

(*)7. Hiaskan dengan taburan gula berwarna di atasnya jika mahu.


EmoticonEmoticon