(*)Karbohidrat merupakan salah satu nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Makanan yang mengandungi karbohidrat juga menjadi sumber energi yang menyokong tubuh kita untuk melakukan aktiviti.
(*)Sungguhpun begitu, kelebihan karbohidrat boleh menjadi salah satu faktor munculnya pelbagai jenis gangguan kesihatan seperti obesiti, diabetis dan juga masalah penghadamanyang lainnya. Jadi, sebab itulah anda harus bijak mengawal jumlah karbohidrat serta memenuhi nutrisi penting yang lain seperti vitamin dan mineral.
Berikut beberapa jenis makanan sumber karbohidrat semulajadi yang tinggi:
1. Gandum
(*)Cukup terkenal, kerana makanan yang satu ini merupakan sumber karbohidrat yang cukup tinggi, berbeza dengan nasi. Gandum mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi sekaligus kadar gula yang rendah. Ini bermakna, jika anda mahu mendapatkan nutrisi yang seimbang, cubalah sesekali menggunakan gandum sebagai makanan utama anda.
2. Telur
(*)Telur sering dihindari beberapa orang karena dinilai memiliki dampak yang buruk bagi kesehatan karena diketahui memiliki tinggi kandungan lemak. Telur sebenarnya merupakan makanan sehat yang mengandung berbagai macam nutrisi penting yang sangat lengkap seperti, vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan juga asid lemak Omega.
3. Pisang
(*)Pisang merupakan salah satu buah yang mengandung sumber karbohidrat tinggi. Jadi, tidak hairanlah pengambilan pisang dapat membuat anda rasa lebih kenyang. Rasa manis yang dihasilkan daripada pisang juga memberikan ekstra energy untuk melakukan aktiviti.
4. Kentang
(*)Makanan yang padat dan cukup mengenyangkan ini merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sangat bagus. Anda boleh jadikan kentang ini sebagai salah satu alternatif pengganti nasi kerana kandungan karbohidrat yang sangat tinggi. Cuma anda perlu berhati-hati ketika mengolahnya dan jangan disajikan dalam bentuk digoreng kerana ia akan memberikan tambahan lemak.
5. Strawberi
(*)Ia kaya dengan kandungan vitamin C dan juga mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Biarpun strawberi tidak memiliki sumber karbohidrat sehebat pisang, tetapi ia tetap mempunyai nutrisi yang cukup banyak. Keluarga berry seperti strawberi, blueberry dan juga blcakberry merupakan makanan yang mengandung antioksidan yang cukup ‘superbeb’ sehingga dengan pengambilan makanan ini anda akan mendapatkan manfaat yang sangat banyak.
6. Jagung
(*)Jagung merupakan salah satu makanan yang kaya dengan sumber karbohidratnya. Jagung memiliki banyak kelebihan jika dibandingkan dengan beras. Tambahan pula, jagung memiliki lebih rendah kandungan gula dan elok dimakan oleh penghidap diabetes.
7. Yogurt Rendah Lemak
(*)Yogurt merupakan sumber karbohidrat yang mudah dihadamkan oleh tubuh. Pengambilan yogurt akan membuat anda mendapatkan energi dengan cepat kerana kandungan gulanya yang cukup tinggi. Sungguhpun begitu, anda tidak perlu bimbang kerana efek sampingannya, selagi anda tidak mengambil dalam jumlah yang berlebihan.
8. Sayur-Sayuran Hijau
(*)Sayuran yang memiliki warna hijau gelap, selain menjadi sumber karbohidrat, ia turut mengandungi nutrisi penting seperti zat besi, protein dan juga vitamin. Sayur-sayuran ini bukan merupakan sumber karbohidrat utama dan hanya dijadikan pelengkap makanan utama sahaja.
9. Oatmeal
(*)Oatmeal adalah makanan yang sangat bagus untuk sarapan kerana ia memberikan kandungan karbohidrat yang cukup banyak. Selain itu, ia juga rendah lemak dan bagus untuk menjaga kesihatan jantung.
10. Kacang-kacangan
(*)Sumber karbohdirat daripada kacang-kacangan ini sangat baik. Ini adalah kerana ia bukan hanya mempunyai kandungan karbohidrat saja, bahkan terdapat vitamin D yang sangat baik untuk menjaga kesihatan tulang.
EmoticonEmoticon