BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)6 ketul paha ayam
(*)4 cm halia | dikisar
(*)4 ulas bawang putih | dikisar
(*)2 sudu makan cili boh
(*)Sedikit garam
(*)1 sudu makan cuka
(*)30 gm garam masala
(*)100 gm dadih
(*)Sedikit pewarna merah | dibancuh sedikit air
(*)40 gm serbuk lada putih
(*)1 biji bawang besar | dihiris
(*)10 gm daun pudina
(*)1 biji limau nipis | diambil jusnya
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Gaul ayam dengan halia, bawang putih dan sedikit garam.
(*)2. Campurkan cuka, garam masala, lada putih dan dadih.
(*)3. Masukkan sedikit pewarna merah dan cili boh. Gaul sebati dan perap semalaman atau sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dipanggang.
(*)4. Panggang hingga ayam masak dan perah jus limau ke atasnya sebelum dimakan. Enak dinikmati bersama nasi atau roti nan.
EmoticonEmoticon