Thursday 14 April 2016

17 Khasiat Garam Bukit Yang Perlu Anda Tahu

Tags


pengambilan secubit garam bukit di waktu pagi juga menjadi amalan pemurah rezeki dan secubit sebelum dan selepas makan bertujuan untuk memperbaiki kesihatan. Khasiat garam bukit ini adalah ia dijadikan sebagai bahan untuk pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Kesemua produk ini digunakan secara meluas di spa untuk merawat tubuh dan wajah.

Khasiat Garam Bukit:

(*)Meningkatkan aura dan potensi diri.
(*)Membantu mengatasi masalah jerawat.
(*)Mampu menghilangkan parut.
(*)Membuang toksin dalam badan.
(*)Menanggalkan sel kulit mati.
(*)Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan.
(*)Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi.
(*)Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit.
(*)Sesuai utk semua lapisan umur dan tidak mempunyai kesan sampingan.
(*)Mengimbangkan tekanan darah.
(*)Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
(*)Menguatkan struktur tulang.
(*)Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah.
(*)Melancarkan sistem saraf.
(*)Membantu pembaharuan semula sel-sel dalam badan.
(*)Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna.
(*)Menguatkan tenaga batin.


Garam Bukit Untuk Mandian & Rendaman

(*)Amalan merendam kaki atau mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

(*)Selain itu,khasiat garam bukit yang lain adalah ia akan mengurangkan bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Ia juga sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakan khasiat garam bukit ini dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan anda.



Khasiat Merendam Kaki dengan Garam Bukit

(*)Melancarkan peredaran darah seluruh tubuh.
(*)Membantu membuang kotoran dari badan dan dapat mengelakkan serangan virus.
(*)Melegakan sakit otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
(*)Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri atau berjalan.
(*)Membantu merawat tumit kaki yang pecah.
(*)Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, atau kaki berbau.
(*)Mengurangkan toksik dan lemak atau kolestrol.
(*)Mengurangkan kesakitan dari sakit gout.


Cara-Cara Menggunakan Khasiat Garam Bukit Untuk Rendaman Kaki, Mandian Dan Skrub Badan

Campurkan 5 sudu besar garam bukit ke dalam air biasa atau air suam. Anda juga boleh menggunakan air yang bercampur dengan ais.

1. Rendaman

(*)Rendam kaki atau badan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air biasa. Seeloknya rendaman ini dibuat pada waktu rehat atau sebelum hendak tidur.



2. Mandian

(*)Mandi dengan air bancuhan garam bukit dan biarkan air garam bukit tadi meresap ke tubuh badan selama beberapa minit.Kemudian bilas badan dengan air biasa



3. Skrub

(*)Bancuhkan dengan pekat garam bukit supaya boleh dijadikan skrub. Kemudian lulurkan ke seluruh badan atau di tempat tertentu yang ingin di rawat dengan garam skrub. Biarkan sehingga kering selama beberapa minit dan bilas dengan air biasa.

(*)Terdapat pelbagai garam bukit yang dijual di pasaran. Pastikan anda membeli garam bukit yang asli dan jangan mudah tertipu dengan garam bukit tiruan. Antara, garam bukit yang popular adalah Garam Bukit Himalaya.


EmoticonEmoticon