Tuesday, 19 April 2016

Ketahui Cara Paling Mudah Untuk Mengecilkan Pori-Pori Wajah Dengan Menggunakan ‘Steam Facial’

Tags


(*)Sebenarnya ada banyak cara untuk mengatasi permasalah seperti ini, contohnya dengan suntikan vitamin C, yang berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit.Pori-pori yang membesar di wajah juga boleh menjadi salah satu penyebab masalah pada kulit yang menyebabkan munculnya jerawat.Membersihkan pori-pori kulit wajah dengan wap air atau ‘steam facial’ adalah salah satu cara mengecilkan pori-pori wajah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Caranya mudah sahaja dan jimat pun jimat!

(*)Untuk melakukan terapi wap air atau ‘steam facial’ pastikan menggunakan air panas. Tetapi, hati-hati ya jangan sampai terkena pada wajah anda kerana ia sangat berbahaya. Boleh melecur tau!

(*)Berikut beberapa langkah atau cara mengecilkan pori-pori wajah dengan ‘steam facial’.



Langkah 1

(*)Sediakan bahan-bahan dan peralatan seperti periuk, bandana, pembersih muka,mangkuk, tuala muka, tuala mandi, kapas dan astringent atau cuka.



Langkah 2

(*)Kemaskan rambut anda dan pakailah bandana supaya rambut anda tidak menutupi wajah serta menganggu proses ‘steam facial’.



Langkah 3

(*)Kemudian bersihkan wajah dengan pembersih muka terlebih dahulu.



Langkah 4

(*)Masukkan air mendidih ataupanas ke dalam sebuah mangkuk. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna anda boleh meletakkan sehelai dua daun papermint.



Langkah 5

(*)Letakkan mangkuk tersebut di atas meja untuk mempermudahkan anda melakukan proses yang seterusnya.



Langkah 6

(*)Ambil posisi yang tepat, pastikan wajah anda betul-betul di atas mangkuk, dan tutuplah keseluruhan bahagian kepala anda dengan menggunakan tuala besar supaya membuka pori-pori pada kulit wajah.



Langkah 7

(*)Biarkan selama kurang lebih 10 minit, tujuannya supaya wap air menjadi sejuk.



Langkah 8

(*)Setelah wap air tersebut sejuk, gunakan pembersih muka. Kemudian bilas wajah anda dengan menggunakan air suam. dingin, gunakanlah pembersih wajah



Langkah Terakhir

(*)Celupkan kapas pada astringent atau cuka, kemudian gosokan pada wajah secara perlahan-lahan. Setelah itu, bersihkan kembali dengan air suam. Kemudian bilaslah dengan air sejuk dan ‘tepuk-tepuk’ muka anda dengan mengggunakan tuala muka secara perlahan-lahan.


EmoticonEmoticon