Petua 1
(*)Percayalah air limau nipis memang sangat ajaib untuk turunkan berat badan anda.
(*)Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, perah airnya ke dalam gelas yang berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian boleh dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
(*)Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Petua 2
(*)Atau anda boleh cuba cara ini, ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Petua 3
(*)air asam jawa bagus dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
(*)Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengah hari atau makan malam.
(*)Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Petua 4
(*)Ini pun kena biasakan. Selepas makan amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu.
EmoticonEmoticon