Tuesday, 29 March 2016

Waspada Gejala Sakit Dada Yang Boleh Menyerang Sesiapa Sahaja Tanpa Mengira Usia

Tags


(*)Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai pesakit yang diserang sakit dada tidak mengalami serangan jantung.

Punca Sakit Dada

(*)Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat.
(*)Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma.
(*)Penyakit jantung yang lain seperti masalah injap jantung.
(*)Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut.
(*)Sakit di bahagian perut hingga ke dada.
(*)Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk.
(*)Kecederaan pada dada yang disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh.
(*)Gangguan emosi seperti kebimbangan dan tekanan
(*)Sakit belakang.


Bila Perlu Mendapatkan Rawatan?

(*)Mereka yang berumur 40 tahun dan k eatas dan mempunyai risiko penyakit jantung.
(*)Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
(*)Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
(*)Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
(*)Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
(*)Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
(*)Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
(*)Sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika anda ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa.Jika sakit dada yang disebabkan oleh faktor yang lain, pemeriksaan yang rapi perlu dibuat seperti X-Ray, endoskopi atau fungsi paru-paru. Anda boleh mencuba ubat antiasid bagi mengurangkan kesakitan pada ulu hati.Sekiranya keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.


EmoticonEmoticon