(!)Biasakan Tangan Anda Bekerja
_Ganti kebiasaan anda dengan melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda lupa untuk merokok. Cuba biasakan tangan anda melakukan aktiviti-aktiviti seperti menyapu sampah, mencuci pinggan dan sebagainya.Atau anda juga boleh berbasikal dan berenang bagi mengisi waktu terluang yang anda.
(!)Kena Rajin Memberus Gigi
_Jadikan aktiviti memberus gigi ini sesuatu yang penting dalam hidup anda. Jangan lupa memberus gigi setelah anda menikmati makanan atau paling kurang berus gigi, dua kaki sehari. Bangun tidur dan sebelum anda tidur, dengan cara ini ia akan mengurangkan anda untuk merokok.
(!)Luangkan Waktu Berbual Dengan Si Dia
_Anda beruntung jika si dia sememangnya jenis yang anti rokok. Saat bersamanya, sudah pasti anda akan terlupa untuk merokok. Lakukan sesuatu perkara yang positif yang boleh membuatkan si dia rasa anda menghormati dan menghargainya.
(!)Diet, Bersenam Dan Berehat
_Usaha anda untuk berhenti merokok boleh dilakukan dengan cara pola diet, bersenam serta mendapatkan rehat yang mencukupi. Anda boleh juga menikmati kudapan atau gula-gula getah sebagai pengganti rokok. Pilihlah kudapan yang berkalori rendah atau tanpa kalori seperti gula-gula getah bebas gula, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar.
_Selain itu, minumlah air putih secukupnya agar kesihatan tubuh terjaga. Jangan lupa bersenam untuk menggantikan kebiasaan merokok anda itu. Secara tak langsung ia akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih sihat dan segar.
_Kebiasaan baru ini juga akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih fit dan mulai sekarang cubalah tanam dalam hati bahawa merokok hanya akan merosakan kesihatan serta seluruh kehidupan anda. Lakukanlah demi yang tersayang.
1 comments so far
ありがとうございます
EmoticonEmoticon