Saturday, 5 March 2016

Mi Bakso Sempoi Mempoi Kelempoi

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(#)500 gm mi kuning | dicelur seketika
(#)500gm daging kisar
(#)3 biji telur
(#)150gm bawang merah | dikisar
(#)100gm bawang putih | dikisar
(#)50gm serbuk jintan manis | dikisar
(#)30gm serbuk jintan putih | dikisar
(#)20gm serbuk ketumbar | dikisar
(#)5gm kulit kayu manis
(#)5gm bunga lawang
(#)5gm bunga cengkih
(#)1.5 liter air
(#)1 sudu makan garam
(#)1 sudu makan gula

CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. (#)Untuk membuat  bakso, campurkan bahan kisar bersama daging hancur, telur, bawang merah serta bawang putih rata. Gaul hingga sebati dan kepalkan menjadi bentuk bebola. Ketepikan.
2. (#)Untuk sup, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar serta kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
3. (#)Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
4. (#)Masukkan bebola daging yang telah dibuat tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan pastikan bakso telah masak.
5. (#)Hidangkan panas-panas bersama mi kuning.


EmoticonEmoticon