Wednesday, 9 March 2016

Tips Terbaik Atasi Gatal Celah Kelangkang

Tags


(*)Banyak faktor yang mengundang rasa gatal celah kelangkang atau bahagian lipatan dalam paha. Selain berpunca daripada kulat, ia juga boleh disebabkan kerana alergi makanan yang dinikmati. Misalnya, daripada sajian telur, udang, sotong, ikan masin, ikan tongkol dan sebagainya.



(*)Gatal-gatal tersebut juga boleh menyerang kerana keadaan fizikal atau bahagian tubuh yang kurang terjaga kebersihannya. Perkara ini berpunca daripada banyak perkara, contohnya kerana debu, air dan lain-lain lagi. Tetapi yang paling biasa terjadi rasa gatal kelangkang itu kerana  keadaan pada bahagian kelangkang yang selalu lembab sehingga membuatkan kulat dapat membiak dengan bebas.

(*)Menjaga keadaan fizikal tetap bersih dan sihat merupakan salah satu cara untuk mencegah timbulnya rasa gatal pada mana-mana bahagian tubuh termasuk di celah kelangkang. Anda yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang lemah, lebih mudah jatuh sakit, termasuk diserang kulat atau bakteria yang penyebab gatal.


(*)Sekiranya anda sudah terlanjur terkena penyakit gatal celah kelangkang ini, berusahalah untuk menyembuhkannya walaupun agak sukar.Bagi anda yang sedang menderita penyakit gatal ini boleh memilih cara merawatnya, samada secara tradisional ataupun kimia.



(*)Berikut beberapa cara mencegah serta merawat gatal celah kelangkang yang boleh anda cuba. Antaranya;

(*)1. Manfaatkan ubat tradisional seperti asam keping, asam kandis untuk mengatasi masalah pertumbuhan kulat tersebut.  Anda juga cuba membasuh bahagian tersebut dengan air sirih atau air garam. Basuhlah pada setiap hari sehingga rasa gatal tersebut hilang. Cara lain, anda boleh juga mengatasinya dengan menggosokkan daun sirih pada permukaan kulit yang gatal itu.



(*)2. Jaga kebersihan diri sangat penting. Mandi dengan menggunakan sabun antiseptik secara teratur boleh memerangi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.



(*)3. Jangan menggunakan celana ketat atau sempit, karena hanya membuat kulit pada lipatan paha anda panas dan mengeluarkan banyak peluh.



(*)4. Bertukar pakaian luar serta pakaian dalam selepas mandi juga boleh mengurangi risiko munculnya kulat ataupun penyebab gatal yang lain. Segera bertukar pakaian dalam jika terasa gatal, perit, pedih atau lembab bagi mencegah tumbuhnya kulat dan bakteria penyebab gatal celah kelangkang.



(*)5. Gunakan pakaian dalam yang mudah menyerap peluh agar kulit pada pangkal paha tidak lembab.



(*)6. Menjaga nutrisi makanan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh agar mampu melawan segala mikroorganisme yang boleh merosakkan kesihatan kulit. Cuba berpantang atau hindari segala makanan yang boleh menimbulkan rasa gatal celah kelangkang tersebut.


EmoticonEmoticon