Wednesday 9 March 2016

Resepi Donat Coklat Gebu-Gebu

Tags



BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)200gm tepung roti
(*)20gm gula
(*)½ sudu teh garam
(*)1 sudu teh yis kering
(*)140ml susu segar
(*)20gm mentega
(*)Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
(*)5 sudu besar Nutella
(*)3 sudu besar air panas
(*)Kacang panggang secukupnya | hiasan


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.

(*)2. Selepas itu, buat lubang di tengah. Masukkan susu dan yis kering. Kacaukan sedikit.

(*)3. Masukkan pula mentega dan kacau sehingga sekata

(*)4. Selepas itu keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai.

(*)5. Uli sehingga tidak melekat ditangan

(*)6. Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik atau kain lembab. Biar naik dua kali ganda

(*)7. Bila sudah naik, canaikan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Rehatkan 5 minit. Tekap dengan acuan bulat dan lubangkan di tengahnya.

(*)8. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan biarkan sejuk seketika.

(*)9. Untuk coklat, masukkan nutella ke dalam mangkuk bersama dengan air panas. Kacau hingga sebati.

10. Celupkan donat ke dalam mangkuk berisi nutella. Taburkan sedikit kacang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.


EmoticonEmoticon