Thursday, 10 March 2016

Tips Dapat Berat Badan Badan Yang Ideal Dengan Makanan Ini

Tags


Kacang Almond

(*)Kacang almond kaya dengan serat dan protein. Selain itu, elok juga untuk sumber zat besi, magnesium dan vitamin E. Pengambilan kacang almond mentah atau sudah diolah untuk mendapatkan hasil terbaik. Hindari kacang almond yang sudah diolah dengan banyak garam ataupun  dalam bentuk makanan manis kerana ia memberikan efek buruk bagi program diet anda dan ianya tentu akan mengagalkan hasrat anda untuk mendapatkan berat badan ideal.


Epal

(*)Epal merupakan contoh serat yang mudah dihadamkan untuk memerangi kolesterol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C serta mengandungi ‘quecertin’, ‘plavanoid’ yang boleh mencegah penyakit kanker. Untuk dapatkan hasil baik, makan epal bersama kulitnya yang telah dibersihkan.


Kacang Merah

(*)Kacang merah memiliki kandungan serat, protein, zat besi, fosfor, magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang merah dalam salad atau sup yang anda bagi  menambahkan kelazatan makanan sihat anda.


Bayam

(*)Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya dengan zat besi, magnesium serta vitamin A dan C.


Ikan Salmon

(*)Sebahagian besar jenis ikan dan seafood merupakan pilihan sihat. Tetapi salmon adalah ikan yang paling bagus dengan kandungan protein serta asid amino Omega 3 tinggi. Selain itu, salmon juga rendah kolesterol.


Gandum

(*)Gandum kaya dengan vitamin B3, thiamin atau vitamin B1, zat besi, serat, dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda sehingga anda mampu memiliki berat badan ideal.


Brokoli

(*)Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium, serta vitamin A dan C. Untuk mendapatkan hasil terbaik, jangan masak terlalu lama dan hindari memakai sos ataupun meletakkan garam yang berlebihan.


Soya

Soya mengandungi Omega 3, kalsium dan zat besi. Makanan ini popular untuk vegetarian. Soya juga boleh dinikmati dalam bentuk tofu, susu,tempe dan tauhu.


EmoticonEmoticon