Thursday, 10 March 2016

Resepi Telur Daging Bungkus Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)500gm daging cincang

(*)3 biji telur

(*)100gm kacang panjang| dihiris

(*)1 batang lobak merah| dicincang kasar

(*)1 biji bawang besar | dicincang kasar

(*)2 biji cili merah | dicincang

(*)100gm seleri| dicincang

(*)50gm halia| dicincang

(*)4 ulas bawang putih | dicincang

(*)100gm sos tiram

(*)50gm sos tomato

(*)Garam secukup rasa

(*)1 sudu teh gula

(*)1 sudu teh serbuk lada sulah

(*)100gm cendawan butang | dicincang

(*)Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu.

(*)2. Selepas itu masukkan daging, seleri, cendawan,lobak merah, cili merah dan kacang panjang. Kacau sehingga rata.

(*)3. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, lada sulah, gula dan garam secukup rasa. Kacau seketika. Angkat dan ketepikan.

(*)4. Pukul telur sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, tuangkan telur yang di pukul tadi dan masukkan daging. Lipatkan telur tadi seperti membungkusnya.

(*)5. Bila sudah agak masak, angkat dan sedia dihidangkan.


EmoticonEmoticon