Tuesday, 1 March 2016

Tip Untuk Turun Badan Lebih Selamat Dan Berkesan

Tags


1. (*)Susukan bayi

[_]Berusahalah menyusukan bayi anda sehingga usianya dua tahun. Jangan menganggap ini satu perkara yang menyusahkan kerana tubuh ibu menyusu berupaya menghasilkan hormon yang membantu menurunkan berat badan sekali gus mengembalikan bentuk tubuh secara semula jadi.

[_]Percayalah ibu, dengan terus menyusukan bayi, tubuh secara tak langsung membakar sekitar 300 ke 500 kkal sehari bersamaan dengan aktiviti berbasikal selama satu jam!


2. (*)Hati-hati dengan makanan

[_]Pilih jenis makanan yang banyak mengandungi sayur, buah-buahan, karbohidrat kompleks, lemak skim serta sumber protein yang rendah. Sebagai contoh, susu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, telur, tauhu, tempe dan kekacang. Lebih bagus kalau ibu mengambil makanan  secara teratur, tak mustahil anda mampu mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan serta tahap kesihatan yang optimum.


3. (*)Jauhi makanan segera

[_]Elakkan mengambil makanan segera atau yang telah disejukkan beku. Jika terpaksa, bolehlah diambil tetapi pastikan dalam jumlah sedikit. Agak rasa tak boleh nak kawal, ibu boleh alihkan seketika pemikiran anda kepada si kecil yang sememangnya inginkan perhatian. Mungkin dengan berjalan-jalan bersamanya berupaya membakar kalori di tubuh anda.


4. (*)Lakukan senaman ringan

[_]Selesai menyusukan bayi, ibu kena lakukan sedikit senaman ringan bagi mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian payu dara. Gunakan pakaian dalam yang memang dikhususkan buat ibu-ibu menyusu.

[_]Tak susah pun, ibu boleh mulakan berjalan di kawasan sekitar, berbasikal atau berenang. Dah banyak kali ulang, bolehlah tingkatkan masanya secara berperingkat. Sebagai contoh, lakukan latihan menguatkan dinding perut dan seterusnya.


EmoticonEmoticon