Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
Bahan Pastry –
:::1 tsp esen vanilla
:::2 biji telur – suhu bilik
:::250gm butter – suhu bilik
:::500gm tepung gandum – diayak banyak kali
:::100gm gula icing – kurangkan kepada 50gm
Bahan Custard –
:::2 sudu makan custard
:::1/2 kotak susu segar @ 500ml susu segar
:::1 biji telur
:::200gm gula halus
Cara-cara untuk membuatnya ialah:
Pastry –
1. :::Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali. Kemudian masukkan butter dan ramas sehingga ia menjadi serbuk roti.
2. :::Masukkan esen vanilla dan gaul hingga rata. Pecahkan telur di dalam bekas yang lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga ia kembang.
3. :::Masukkan telur ke dalam bekas tepung dan gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut. Panaskan oven pada suhu 180C bergantung pada oven anda masing-masing api atas bawah.
4. :::Ambil sedikit doh dan bentukkan di dalam acuan tartlet sebelum ia dibakar selama 10-15 minit atau sehingga keperangan, bergantung pada oven masing-masing. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan di dalam bekas kedap udara.
Custard –
1. :::Pukul telur bersama gula sehingga kembang menggunakan whisk tangan sahaja. Tidak perlu sehingga gebu cukup sekadar kembang sahaja. Masukkan custard dan kacau hingga rata.
2. :::Kemudian masukkan susu segar dan kacau lagi sehingga rata. Masukkan bahan-bahan yang telah disatukan ini ke dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana.
3. :::Kacau perlahan-lahan sehingga ia berkilat dan kelihatan pekat. Angkat dan terus sudukan ke dalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.
4. :::Susun buah-buahan hiasan diatasnya. Jika ingin kelihatan berkilat, sapukan kunyaku jelly yang dicairkan diatas buah-buahan hiasan kegemaran anda.
Tips Penting:
:::Semua jenis buah-buahan dengan warna yang disukai seperti strawberry, anggur, kiwi, nenas dan lain-lain. Susun buah diatas custard sebagai hiasan. Boleh juga diletakkan tart diatas kertas cupcake.
EmoticonEmoticon