Tuesday, 1 March 2016

Tip Kulit Lembut Dan Cerah Hanya Gunakan Air Kelapa

Tags


1. ((__))Kulit segar dan bersih

((__))Cuba anda cuci wajah dengan menggunakan air kelapa. Aura dan kelebihannya sangat berkesan, membuatkan kulit anda lebih segar dan cerah. Sesuai jika anda sedang bercuti, dah tak perlu nak bawa produk mahal-mahal.


2. ((__))Masker buatan sendiri

((__))Anda boleh mencampurkan kunyit, kulit kayu manis dan juga air kelapa. Boleh guna setiap hari sebelum tidur sebagai masker. Membantu menghilangkan kesan hitam pada wajah.


3. ((__))Hapuskan masalah kulit terbakar

((__))Jika anda risau dengan masalah kulit terbakar, selepas ini sapu saja air kelapa pada wajah dan biarkan meresap.


4. ((__))Kecutkan  jerawat

((__))Air kelapa juga sangat bagus bagi merawat kulit jerawat. Sapu atau masukkan air kelapa dalam botol yang boleh anda sembur secara terus di kulit wajah sebelum tidur. Esok pagi anda boleh boleh terus bilas dengan air saja. Senang, bukan?


5. ((__))Putihkan kulit secara semula jadi

((__))Campurkan susu, pati timun dan juga air kelapa untuk buat masker. Jika sapu pada wajah setiap hari, anda tak perlu menggunakan krim pemutih kulit lagi.

6. ((__))Buang kotoran

((__))Air kelapa juga boleh menjadi pembersih wajah secara semula jadi. Celupkan kapas dan sapu di kulit wajah. Ini akan menghilangkan segala kotoran yang melekat di kulit wajah dengan mudah.


7. ((__))Cegah kedut

((__))Air kelapa mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kedut di permukaan kulit wajah. Sapu setiap hari untuk hasil yang cepat. Malah kulit anda akan sentiasa awet muda, tau!


EmoticonEmoticon