Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(%)Sediakan doh asas ban manis (Rujuk resepi asas ban manis di bahagian bawah )
(%)Hiasan
(%)Keju Cheddar yang telah diparut
(%)Gula
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:
1. (%)Bahagikan doh kepada 60gm dan bentukkan menjadi bebola. Biarkan selama 10- 15 minit.
2. (%)Ratakan doh yang telah dibebola, canaikan menjadi jejalur panjang 30 sm ( seperti pembaris panjang). Masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah digris minyak kemudian biarkan ia menaik ditempat yang suam selama 40-45 minit.
3. (%)Sapukan telur dan taburkan gula juga keju cheddar di atas doh.
4. (%)Bakar pada suhu 190’c selama 12- 15 minit sehingga berubah warna kuning keemasan.
Resepi Asas Roti Ban Manis (Kaedah Doh Segera)
Bahan-Bahan yang peru anda sediakan ialah:
Bahan-Bahan 1
(%)500gm Tepung Roti 100gm Tepung gandum
(%)110 gm Gula
(%)10gm garam
(%)20gm Tepung susu
(%)4 sudu yis segera
(%)1 sudu Peningkatan roti (bread imrover)
Bahan-Bahan 2
(%)1 biji Telur
(%)300ml Air sejuk
(%)1/3 sudu cuka
Bahan-Bahan 3
(%)60gm mentega / marjerin
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:
1. (%)Adun semua Bahan 1
2. (%)Tambah bahan 2 dan uli sehingga menghasilkan doh.
3. (%)Campurkan bahan 3, dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal.
4. (%)Bentukkan menjadi bebola dan tutup doh dengan plastik,biarkan ia naik selama 15 minit atau berganda saiznya.
5. (%)Siap untuk membuat roti atau ban.
EmoticonEmoticon