1. (^)Kerap Sakit Dada
Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Ia berlaku disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Sakit dada juga boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.
2. (^)Selalu Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring malah pesakit akan sering mengalami sesak nafas terutama apabila melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya anda mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan seperti menaiki tangga atau pergi tandas.Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.
3. (^)Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang menyebabkan sesiapa yang mempunyai masalah sakit jantung ini kurang selera makan.
4. (^)Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
5. (^)Kerap Buang Air Kecil
Kekerapan membuang air kecil juga adalah salah satu tanda sakit jantung. Hal ini kerana disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, anda digalakkan mengawal pengambilan air pada waktu malam hari.
6. (^)Bengkak Kaki
Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Kaki akan menjadi bengkak dan berat dan jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.
7. (^)Mudah berpeluh
Tanda ini sering berlaku pada waktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Malah ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.
8. (^)Sering berdebar-debar
Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit jantung. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak mengalaminya. Mungkin ada pesakit yang mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak.
Faktor Penyebab Penyakit Jantung
Asap Rokok
(^)Asap rokok akan mempercepatkan pembekuan darah sekaligus menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
Tekanan Perasaan
(^)Apabila seseorang mengalami tekanan perasaan,degup jantungnya akan meningkat malah tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
(^)Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya kepada anda. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi dan daging berlemak.
Kurang bersenam
(^)Senaman sangat penting untuk menguatkan jantung kerana ia penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
Darah Tinggi
(^)Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah kerana jantung “terpaksa” mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
(^)Pesakit kencing manis mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung
10 Tips Untuk Mendapat Jantung Yang Sihat
Terdapat banyak cara untuk mengurangkan risiko anda mendapatkan penyakit jantung:
1. (^)Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali
Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Selain itu,aktiviti lain boleh juga di amalkan seperti berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Bagi suri rumah pula,berkebun atau melakukan kerja-kerja rumah dapat menyihatkan jantung anda. Senaman dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana:
- (^)Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda
- (^)Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
- (^)Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL)
- (^)Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan
- (^)Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
- (^)Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
- (^)Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
2. (^)Makan secara teratur dan seimbang
3. (^)Kekalkan berat badan unggul
4. (^)Tidak merokok
5. (^)Menangani tekanan perasaan
6. (^)Mengawal tekanan darah
7. (^)Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah
8. (^)Mengawasi paras kolesterol
9. (^)Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
10. (^)Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.
Betapa berharganya nilai organ jantung ini untuk kelangsungan hidup, maka segeralah perbaiki gaya hidup anda agar tetap sihat. Sayangi Jantung Anda.
EmoticonEmoticon