Sunday 13 March 2016

Tahukah Anda Susu kambing Bahaya Untuk Bayi Anda??

Tags



1. Susu kambing mempunyai kandungan sodium atau garam yang tinggi

(*)Penyingkiran garam dalam tubuh bergantung kepada kematangan ginjal untuk menyingkirkan garam ke dalam air kencing.Kematangan ini hanya terjadi apabila bayi mencecah umur dua tahun. Kandungan garam tinggi yang berlebihan adalah sangat merbahaya kepada otak dan sistem saraf bayi.



2. Susu kambing mempunyai kandungan folate yang rendah

(*)Folate amat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sempurna. Kekurangan folate akan menyebabkan sel darah merah tidak terbahagi dengan sempurna dan menjadi besar. Saiz yang besar adalah tidak efektif untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dan lebih cenderung dimusnahkan oleh organ limpa.

(*)Lantas bayi akan mengalami anemia iaitu kurang sel darah merah yang boleh membantutkan perkembangan fizikal dan otak  berbanding kadar normal. Sekiranya bayi ini hanya mendapatkan susu kambing di awal kehidupan, mereka harus diberikan folate sebagai supplemen tambahan.



3. Bayi yang alah kepada susu lembu juga mengalami kesan yang sama terhadap susu kambing

(*)Walaupun ramai yang mendakwa susu kambing kurang mendatangkan kesan alahan boleh dijadikan alternatif kepada bayi yang alah kepada susu lembu. Tetapi ternyata anda silap. Ia boleh menyebabkan pendarahan usus. Oleh itu, rujuklah kepada doktor anda sebelum anda meneruskan niat  untuk memberikan susu kambing kepada bayi anda.



4. Bayi cenderung mendapat jangkitan brucellosis daripada kambing yang dijangkiti penyakit ini

(*)Penyakit brucellosis boleh menyebabkan jangkitan dan kegagalan pelbagai organ dalaman termasuk hati, otak, mata dan sebagainya. Antara tanda- tanda awal ialah demam panas, peluh berlebihan dan lenguh seluruh badan. Justeru, bayi  haruslah diberikan susu kambing yang telah diproses atau dididihkan terlebih dahulu.



Khasiat susu kambing untuk bayi 2 tahun ke atas dan orang dewasa;


(*)Minuman yang hampir sama dengan susu ibu

(*)Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan dua jam

(*)Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu


Mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti:-

(*)Penyakit demam kuning

(*)Penyakit lemah jantung

(*)Penyakit darah tinggi

(*)Penyakit migrane atau sering merasa pening kepala

(*)Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang

(*)Penyakit batuk kering atau tibi

(*)Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis

(*)Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami apabila usia semakin lanjut

(*)Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

(*)Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin

(*)Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh

(*)Bersifat alkali bukan asidik

(*)Meningkatkan daya kepekaan,penumpuan dan ingatan

(*)Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah

(*)Tidak menyebabkan alahan.

(*)Membantu melancarkan permasalahan usus

(*)Menguatkan jisim tubuh yang sihat  terutama tulang dan gigi

(*)Awet muda


EmoticonEmoticon