BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)1kg beras basmathi
(*)125ml air
(*)2 ketul kiub ayam
(*)2 helai daun pandan
(*)Pewarna merah,
(*)hijau dan kuning
BAHAN-BAHAN TUMIS:
(*)½ biji bawang besar
(*)2 biji bawang putih
(*)1cm halia
(*)1 batang kulit kayu manis
(*)2 kuntum bunga lawang
(*)3 kuntum bunga cengkih
(*)4 biji buah pelaga
(*)1 sudu makan minyak sapi
(*)2 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAKMYA IALAH:
(*)Terlebih dahulu, cuci dan rendam beras selama 10 minit. Tos dan ketepikan.
(*)Hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia.
(*)Setelah itu panaskan minyak bersama sedikit minyak sapi di dalam periuk. Apabila cukup panas, masukkan bahan yang dipotong nipis, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, tumis hingga naik baunya.
(*)Masukkan beras ke dalam tumisan dan gaul rata buat seketika. Setelah itu, masukkan air, kiub ayam dan daun pandan. Tanak nasi hingga masak.
(*)Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna-pewarna kuning, merah dan hijau di tempat yang berasingan.
(*)Setelah nasi sudah masak, gemburgemburkan nasi agar nasi jadi berwarnawarni.
(*)Angkat dan sedia dihidangkan.
EmoticonEmoticon