Bahan-Bahannya ialah:
(*)15 ekor udang saiz besar
(*)3 sudu butter
(*)2 biji kuning telur
(*)sedikit daun kari
(*)sedikit cili padi
(*)serbuk kunyit & garam
(*)sedikit minyak tu menggoreng
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada udang.
(*)2. Panaskan minyak dan bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat.
(*)3. Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak panas dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
(*)4. Sementara tu, kacau telur bagi rata dan tuang terus dalam kuali tadi dan masukkan udang yang telah digoreng tadi.
(*)5. Kacau rata dan angkat. Tabur bawang goreng dan siap untuk dihidangkan.
EmoticonEmoticon