Rahsia Tahi Lalat
Bibir atas kanan
(*)Lelaki yang mempunyai tahi lalat di bibir atas kanan dikatakan murah rezeki. Wah, bukan itu sahaja, mereka juga paling pandai dikalangan teman-temannya!
Bibir atas kiri
(*)Si dia ini pasti mempunyai sikap yang menyenangkan kerana mereka mempunyai ramai kawan. Kebaikan si dia juga menyebabkan ramai yang menyenangi keperibadiannya.
Bibir bawah kanan
(*)Lelaki ini disegani orang mungkin disebabkan beberapa faktor samaada kejayaan beliau atau apa sahaja.
Bibir bawah kiri
(*)Teman lelaki ini seorang yang pandai berbicara, sama ada untuk kebaikan atau keburukan, kita tidak tahu! Si dia juga seorang yang tidak mudah menyerah kalah dalam apa yang dihajatinya.
Leher kanan
(*)Seorang yang cerdas dan jujur. Si dia ini berani menanggung setiap tindakan yang dilakukannya walaupun akhirnya akan memberi kesan yang menderita,
Leher kiri
(*)Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan.
Leher di tengah
(*)Seorang lelaki yang mudah mencapai kejayaan dan cita-cita.
Biji mata kanan
(*)Mempunyai pandangan yang serong terhadap sesorang dan pembohong. Hati-hati ya!
Biji mata kiri
(*)Pembohong tetapi baik hati. Biarpun dia baik hati, anda tetap perlu berhati-hati ya.
Telapak kaki kanan
(*)Tidak mudah mengeluh walaupun dilanda pelbagai masalah yang membebankan.
Telapak kaki kiri
(*)Baik budi pekerti dan disenangi keperibadiannya.
Siku tangan kanan
(*)Sesorang yang kuat berusaha untuk memiliki kejayaan.
Siku tangan kiri
(*)Lelaki yang baik hati dan suka menolong orang walaupun dalam situasi yang menyesakkan. Untungnya memiliki dia.
Kesimpulan
(*)Ketahui rahsia ini sebagai ilmu pengetahuan. Janganlah terlalu percaya kepada rahsia ini kerana tidak semua keperibadian seorang lelaki itu diukur melalui rahsia tarikh lahir.
EmoticonEmoticon