Saturday, 19 March 2016

Resepi Maruku Rangup

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 bungkus tepung muruku – digoreng tanpa minyak
(*)2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
(*)1 sudu besar jintan manis
(*)2 sudu besar serbuk rempah kari daging
(*)1/2 sudu teh soda bikarbonat
(*)Garam secukup rasa
(*)3 sudu besar marjerin atau minyak sapi – cairkan
(*)Santan secukupnya

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Masukkan tepung muruku,bijan,jintan manis,rempah kari daging,soda bikarbonat serta garam dalam mangkuk besar dan gaulkan hingga sebati.

(*)2. Kemudian masukkan marjerin atau minyak sapi yang telah dicairkan. Gaulkan adunan sehingga sebati.

(*)3. Buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.

(*)4. Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan tekan acuan dan keluarkan doh secara berbentuk lingkaran.Ulang sampai doh habis.

(*)5. Panaskan minyak dalam kuali,apabila betul2 panas..masukkan maruku dan goreng hingga keperangan.

(*)6. Angkat dan toskan.Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


EmoticonEmoticon