Saturday, 19 March 2016

Kena Cuba! Cara Paling Mudah Membersihkan Wajah

Tags


(*)Ketika anda membersihkan wajah, pastikan anda telah melakukannya sebanyak dua kali. Pertama, tujuannya untuk menghapuskan segala kekotoran di wajah, dan cara kedua dilakukan untuk membersihkan kulit secara menyeluruh. Selain itu, langkah kedua sebaiknya disertai dnegan urutan perlahan di wajah untuk meningkatkan perjalanan darah yang akan membuatkan penampilan anda menjadi lebih menarik.

(*)Untuk menanggalkan kekotoran ataupun kesan mekap, anda boleh membersihkan wajah dengan menggunakan tisu basah. Kandungan tisu basah yang menyegarkan kulit mampu mengendurkan permukaan kulit yang menegang seharian. Selain itu, bahan dasar air yang ada dalam tisu basah akan mampu mengangkat lapisan mekap yang sudah anda pakai seharian. yang sudah Anda pakai seharian.Selain itu, anda boleh juga membersihkan wajah yang disaluti kesan mekap dengan minyak zaitun atau olive oil yang cukup terkenal sebagai minyak multifungsi. Minyak zaitun bukan lagi sekadar bahan kombinasi makan, tetapi juga digunakan dalam dunia kecantikan. Ini adalah kerana kandungan vitamin E minyak zaitun sangat tinggi

(*)Membersihkan wajah dengan menggunakan minyak zaitun ternyata lebih efisien untuk menanggalkan kesan mekap berbanding menggunakan air. Apatah lagi, jika anda memakai mekap berbentuk ‘waterproof’. Minyak zaitun akan melarutkan minyak, kesan mekap serta sisa-sisa kotoran yang masih tertinggal di pori-pori muka.Menggunakan minyak zaitun untuk membersihkan wajah atau menanggalkan kesan mekap tidak akan merosakkan kulit muka. Apatah lagi, membuatkan wajah anda ditumbuhi jerawat.



(*)Berikut Cara Menggunakan Minyak Zaitun Untuk Membersihkan Wajah Serta Menanggalkan Kesan Mekap:


(*)Tuangkan sedikit minyak zaitun ke telapak tangan, gosok minyak dengan menggunakan jari tangan supaya minyak tersebut menjadi suam-suam kuku.

(*)Kemudian gosokkan minyak zaitun di wajah serta urut dengan gerakan memutar ke arah luar. Lakukan dengan perlahan-lahan serta lembut sehingga kesan-kesan mekap tersebut tertanggal.

(*)Minyak zaitun boleh digunakan untuk membersihkan wajah seperti kesan solekan di mata, eyeliner serta maskara.

(*)Anda boleh menggunakan jari tangan ataupun minyak yang sudah diletakkan minyak zaitun.

(*)Kemudian bersihkan muka dengan menggunakan tuala muka yang sudah dicelupkan dengan air suam. Air suam akan membuka pori-pori muka sehingga boleh melepasan minyak yang telah membawa semua kotoran bekas mekap tersebut.

(*)Ulangi langkah tersebut sehingga wajah betul-betul bersih. Kemudian bersihkan muka dengan air sejuk pula untuk menutup kembali liang pori-pori tadi.

(*)Kemudian barulah anda membersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda supaya muka anda benar-benar bersih.


EmoticonEmoticon