Friday 11 March 2016

Resepi Kerabu Kerang Pucuk Paku

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)200gm pucuk paku | dicelur
(*)50gm tauge | dicelur
(*)100gm isi kerang | direbus
(*)30ml pati santan
(*)1 sudu teh kerisik
(*)1 labu bawang besar | dihiris
(*)4 tangkai cili padi | dikisar halus
(*)2 tangkai cili merah | dikisar halus
(*)2 sudu makan udang kering | dikisar halus
(*)1 sudu makan serbuk belacan
(*)2 sudu makan jus limau
(*)1 sudu kecil garam
(*)Gula secukup rasa


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Di dalam sebuah bekas, satukan bahan yang telah dikisar bersama serbuk belacan dan jus limau. Gaul rata.

(*)2. Masukkan kerisik, garam, gula,dan santan. Gaul sebati.

(*)3. Selepas itu, masukkan pucuk paku, tauge dan kerang. Gaul rata.

(*)4. Hidangkan dan sedia dinikmati.


EmoticonEmoticon