Bahan-bahan A:
(*)1 cawan butter cair / minyak masak
(*)1 cawan susu cair
(*)2 cawan gula perang
(*)1 cawan air panas
Bahan-bahan B (kacau rata- gunakan whisk):
(*)1 sudu kecil esen vanilla
(*)2 biji telur gred B
Bahan-bahan C (ayakkan):
(*)2 cawan tepung gandum
(*)1 cawan serbuk koko
(*)1 sudu baking powder
(*)1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan-bahan Coklat Topping:
(*)250 gram coklat masakan
(*)1 sudu besar butter
(*)1 sudu kecil susu cair
Cara-Cara Membuatnya ialah:
(*)Panaskan oven pada suhu 175 celcius selama 10 minit.
(*)Kacau bahan A supaya sebati.
(*)Masukkan bahan B dan kacau rata.
(*)Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
(*)Lapikkan kertas minyak dalam Loyang 10×10 inci.
(*)Bakar selama 45-50 minit.
(*)Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat
Cara-Cara Membuat toppingnya ialah:
(*)Panaskan coklat dalam periuk/ bekas secara double boil
(*)Bila coklat telah cair, tutup api dan campurkan butter, kacau sebati.
(*)Masukkan susu cair dan kacau lagi.
(*)Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
EmoticonEmoticon