Sunday 13 March 2016

Resepi Kari Ayam Masala Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)12 ketul ayam
(*)1 biji bawang besar | dikisar
(*)2 biji bawang kecil | dihiris
(*)4 ulas bawang putih | dicincang
(*)2 inci halia | dikisar
(*)5 biji cili hijau | dikisar
(*)2 sudu kecil jintan manis
(*)2 sudu kecil jintan putih
(*)1 batang kayu manis
(*)1 kuntum bunga lawang
(*)5 biji buah pelaga
(*)5 biji tomato | dipotong dadu
(*)4 biji kentang | dipotong lapan
(*)3 sudu besar pes cili
(*)2 sudu kecil serbuk kunyit
(*)3 sudu besar rempah masala
(*)1 sudu besar serbuk kari ayam
(*)Sedikit jus asam jawa (jika mahukan rasa masam)
(*)Air secukupnya
(*)Garam dan gula secukup rasa.
(*)Minyak untuk menumis


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Panaskan minyak dan tumis bawang kecil, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang sehingga naik bau.

(*)2.    Masukkan pula bawnag putih, cili hijau, halia, serbuk kunyit dan pes cili. Masak sehingga naik minyak.

(*)3.    Masukkan tomato dan biarkan seketika sehingga ia menjadi layu. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Pastikan periuk ditutup.

(*)4.    Apabila kentang sudah empuk, masukkan air serta jus asam jawa (jika mahu). Kemudian masukkan rempah masala serta serbuk kari.

(*)5.    Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan kari mereneh selama 10 minit.


EmoticonEmoticon