Thursday, 17 March 2016

Resepi Ikan Talapia Merah Panggang Lazat

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)3 ekor ikan talapia merah | dibersihkan
(*)250ml santan
(*)1 biji bawang besar | dihiris halus
(*)3 biji bawang putih | dihiris halus
(*)2sm halia | diketuk
(*)2sm lengkuas | dihiris halus
(*)2 batang serai | diketuk
(*)15 tangkai cili kering | direndam dan dikisar
(*)Sedikit air asam jawa
(*)Garam dan gula merah secukup rasa


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan minyak dan tumis bawang, halia, lengkuas dan serai sehingga naik wangi.

(*)2. Kemudian masukkan cili kering bersama air asam jawa dan biarkan sehingga garing.

(*)3. Perasakan dengan garam dan gula merah dan kacau rata.

(*)4. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Sebaik mendidih, angkat dan ketepikan.

(*)5. Letakkan ikan talapia di dalam daun pisang bersama sedikit sambal yang dimasak tadi dan panggang sehingga masak.

(*)6. Sedia dihidang.


EmoticonEmoticon