Berikut beberapa tips dan cara mendorong anak anda diet untuk kurus ataupun menurunkan berat badannya
1. Berikan Gambaran Jelas Tentang Risiko Kelebihan Berat Badan
(*)Biasanya anak-anak ini belum menyedari apa kaitan kelebihan berat badan dengan risiko penyakit. Sebagai ibubapa, anda perlu berikan penjelasan yang betul tentang berapa contoh penyakit yang mungkin terpaksa ditanggung oleh orang yang kelebihan berat badan.
2. Beritahu Tentang Pemilihan Dan Pengambilan Makanan Sihat
(*)Berikan contoh-contoh terbaik tentang jenis-jenis makanan yang berpotensi membuatnya gemuk. Terangkan juga tentang makanan yang baik bagi anak diet untuk kurus atau menurunkan berat badan tanpa perlu mengurangi keperluan atau pengambilan nutrisi harian anak.
3. Dorong Anak Melakukan Aktiviti Fizikal
(*)Ajak anak melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, seperti berkebun dan membersihkan rumah. Tawarkan mainan yang mengundang semangat anak untuk aktif seperti berbasikal, roller blade, bermain badminton dan futsal. Biarkan anak mempunyai waktu untuk bermain bersama kawan-kawannya.
4. Ajak Anak Bersenam
(*)Bersenam adalah baik untuk semua orang. Jadi, ajak anak anda melakukan senaman bersama bagi meningkatkan motivasi anak bersenam. Di samping itu ia juga boleh membentuk teladan aktiviti yang bermanfaat bagi kesihatan. Biasanya, anak akan lebih mudah menuruti saranan jika ada yang memberikan contoh terbaik buatnya.
5. Tingkatkan Pengetahuan Anak Tentang Kesihatan
(*)Berjumpa dengan pakar atau doktor adalah cara terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan nasihat secara perubatan. Anak cenderung lebih mempercayai dan patuh pada nasihat doktor.
6. Sediakan Alat Penimbang Berat Badan Di Rumah
(*)Menyediakan alat penimbang berat badan boleh membantu memotivasikan usaha anak yang ingin menurunkan berat badan. Biarkan baru turun sedikit, namun ia tetap boleh mempengaruhi keyakinan anak bahawa diet untuk kurus itu mampu dilakukan!
EmoticonEmoticon