Sunday, 13 March 2016

Resepi Ikan Keli Salai Masak Tempoyak Enak

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)4 ekor IKAN keli | bersih dan disalai kering
(*)250ml santan pekat
(*)125ml air
(*)5 ulas bawang merah | ditumbuk halus
(*)11 ulas cili padi | ditumbuk halus
(*)2 inci kunyit hidup | ditumbuk halus
(*)2 sudu makan tempoyak | digaul dengan 1 sudu teh serbuk kunyit
(*)1 helai daun kunyit dipintal
(*)Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama 125 ml air, daun kunyit serta tempoyak. Didihkan.

(*)2. Masukkan santan pekat dan kecilkan api. Kacau rata dan masukkan ikan keli salai. Gaul sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Reneh sehingga pekat.

(*)3. Angkat dan sedia dihidangkan.


EmoticonEmoticon