(*)1. Kawan jenis ini boleh dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri apabila anda berada dalam keadaan senang, kawan jenis ini akan mengekori anda dan keluar dengan anda ke mana sahaja. Bahkan mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk anda. Mungkin sebagai contoh, duit. Kebanyakan di antara kawan makan kawan ini akan berkawan dengan anda kerana duit semata-mata.
(*)2. Kawan jenis ini juga dikategorikan sebagai dengki dengan apa yang anda miliki. Mereka berasa tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka akan bermuka-muka di hadapan anda dan di belakang anda mereka akan mengutuk atau mencaci di luar pengetahuan anda sendiri.
(*)3. Kawan makan kawan suka menghasut. Mereka akan menghasut orang lain untuk membenci anda walaupun anda tidak melakukan kesalahan.
(*)4. Tikam belakang kawan baik sendiri. Ini adalah ciri-ciri kawan makan kawan. Mereka sanggup memburukkan anda atau mungkin kekasih anda sendiri.
Sikap Yang Dibenci Kawan
Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda mungkin adalah salah seorang kawan yang dibenci:
(*)Tamak dan kedekut
(*)Berlagak dan suka mengarah
(*)Bohong dan mengumpat
(*)Suka menonjolkan diri dan cakap besar
(*)Over confident
(*)Bersikap ‘plastik’
(*)Talam dua muka atau hipokrit
(*)Terlalu sensitif
(*)Suka meninggi diri dan bercakap besar
(*)Batu api
(*)Suka merendahkan orang lain
(*)Suka menipu dan memberi alasan
(*)hangat-hangat tahi ayam
(*)Panas baran
(*)Suka mengungkit
(*)Pengkhianat
(*)Mengingkari janji
Tips Kekalkan Persahabatan
Ikatan persahabatan yang erat kadangkala boleh retak hanya kerana salah faham. Ada beberapa cara yang boleh anda praktik supaya hubungan persahabatan tersebut berkekalan selamanya.
Jujur
(*)Jujur adalah syarat utama dalam memelihara persahabatan. Dengan adanya kejujuran, anda dan kawan akan lebih memahami antara satu sama lain.
Mengatasi salah faham
(*)Segala salah faham sebaiknya diselesaikan secepat mungkin. Jika dibiarkan, ia boleh berlarutan dan menjadi lebih teruk.
Meminta maaf
(*)Tidak ada sesiapa pun yang sempurna di muka bumi ini. Jangan takut untuk meminta maaf jika anda berbuat kesalahan. Begitu juga sebaliknya, jika kawan anda melakukan kesalahan, maafkanlah dia dengan seikhlas hati anda.
Terima kasih
(*)Selain meminta maaf, ringankan mulut anda untuk selalu berterima kasih. Ucapan terima kasih boleh menguatkan lagi hubungan persahabatan anda.
Saling membantu
(*)Rahsia mengekalkan persahabatan ialah dengan saling membantu dalam hal yang positif. Jika anda sering membantunya, kawan anda juga akan melakukan hal yang sama.
Jangan berburuk sangka
(*)Sikap mencurigai dan berburuk sangka terhadap kawan anda boleh memusnahkan hubungan persahabatan anda. Sebaiknya jika ada yang tak kena, anda perlu bertanyakan terus kepadanya.
Jangan sinis
(*)Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, terima seadaya dan jangan bersikap sinis terhadap kawan anda. Lebih baik bersikap jujur dengannya demi persahabatan yang telah terbina sekian lama.
Menjaga rahsia kawan
(*)Pasti anda juga tidak menyukai jika sesiapa membocorkan rahsia anda. Jadi, perkara ini sama sahaja. Menjaga rahsia kawan anda akan membuatkan kawan anda lebih mempercayai dan menghargai persahabatan tersebut.
Selalu ada
(*)Anda perlu selalu ada bersamanya, tidak kira di waktu senangnya mahupun susah. Jadi, masing-masing boleh saling menasihati antara satu sama lain.
Saling menghargai
(*)Jangan pernah mengongkong kawan anda, biarkan kebebasan ada di dalam hubungan persahabatan anda. Masing-masing akan jadi lebih menghargai di antara satu sama lain.
EmoticonEmoticon