BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)500gm daging pejal | dihiris nipis
(*)1 biji bawang besar | dihiris halus
(*)3 ulas bawang putih | dihiris halus
(*)5cm halia muda | dihiris halus
(*)3 biji cili merah | dihiris
(*)1 sudu besar sos tomato
(*)1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
(*)4 sudu besar sos tiram
(*)4 sudu besar kicap manis
(*)100ml air
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Perapkan daging bersama 2 sudu besar kicap manis, 2 sudu besar sos tiram, halia dan bawang putih selama 30 minit.
(*)2. Kemudian panaskan minyak dan goreng daging sehingga empuk.
(*)3. Setelah itu masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram, bawang besar dan cili merah. Gaul mesra dan sebati.
(*)4. Seterusnya masukkan air secukupnya dan tomato. Biarkan seketika.
(*)5. Akhir sekali, perasakan. Sedia dihidang panas.
EmoticonEmoticon