:?:Sayuran mentah
{"}Walaupun sayuran adalah makanan berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi sayuran seperti lobak, brokoli dan seleri perlu dielakkan selepas senaman. Ini kerana sayuran tersebut tidak cukup untuk mengembalikan tenaga dan paras metabolik badan.
:?:Makanan segera
{"}Pastinya selepas bersenam anda akan berasa lapar. Melihat hidangan kentang goreng, sosej dan burger keju di hadapan anda adakalanya membuatkan anda kepingin untuk menikmati makanan segera ini. Sebagai nasihat, cuba elakkan daripada mengambil makanan tersebut kerana selain mengandungi lemak yang tinggi ia juga membantutkan usaha untuk menurunkan berat badan dengan adanya pertambahan lemak baru yang perlu dihadam kembali.
:?:Snek masin
{"}Cip kentang memang melazatkan. Namun, snek masin ini boleh merendahkan paras potassium yang amat diperlukan untuk fasa penyembuhan selepas bersenam. Potasium adalah mineral penting yang perlu ada di dalam badan untuk meningkatkan fungsi sel dan elektrolit memandangkan tubuh anda telah kehilangan sejumlah elektrolit semasa bersenam
EmoticonEmoticon